Slider

'Kalau kami nak tanam KJ, kami letak beliau di Bukit Bintang' - Tok Mat nafi UMNO mahu tamatkan karier politik KJ



Keputusan UMNO meletakkan Khairy Jamaluddin sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh dilihat telah mencetuskan banyak reaksi dari pelbagai pihak. 


Keadaan bertambah runcing apabila Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Khairy yang meminta untuk bertanding di kawasan kubu kuat pembangkang. Kemudian Khairy pula membalas dia terpaksa berbuat demikian kerana pucuk pimpinan parti seolah-olah meninggalkannya begitu sahaja. 


Disebabkan itu, ramai menganggap Khairy dianaktirikan oleh partinya sendiri berbanding ahli-ahli lain yang bersikap 'Yes Man'. 


Bagaimanapun, persepsi itu dinafikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang menjelaskan UMNO meletakkan Khairy di Parlimen Sungai Buloh kerana yakin dengan kemampuan pemimpin muda berkenaan merampas kerusi tersebeut. 


Kenyataan Mohamad Hasan itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya UMNO mahu menamatkan karier politik menantu kepada bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 


"Parti tiada niat untuk melenyapkan kepimpinan KJ (Khairy) dengan cara meletakkan beliau bertanding di kerusi yang dulunya dimenangi PKR. 


"Usahlah percaya cakap orang, khabar saya nak tanam, parti nak tanam KJ lah, parti nak matikan KJ lah. Kalau kami nak tanam KJ, kami letakkan beliau di Bukit Bintang. Tapi kita letakkan beliau di Sungai Buloh kerana itu dirasakan tempat yang terbaik, tempat yang lebih selamat daripada Tampin atau Port Dickson," katanya. 


Jelas Mohamad Hasan lagi, pihaknya telah mengambil kira terhadap penerima pengundi di kawasan itu sebalum mencalonkan Khairy walaupun sedar saingannya di PRU15 kali ini adalah sengit. 


Menurut dapatan pihaknya, lebih dari 66 peratus penduduk di kawasan itu merupakan pengundi Melayu yang didakwa mahukan calon Melayu mewakili mereka di Parlimen tersebut. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo