Slider

'Kami mahu dia berambus!' - Jiran tak tahan, dakwa Amber Heard suka mabuk & berak merata-rata



Selebriti antarabangsa, Amber Heard, 36, dilaporkan telah memadamkan akaun Twitternya selepas gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dirinya membuang air besar di kawasan kejiranannya tular di media sosial. 


Difahamkan, Amber Heard telah berpindah ke Sepanyol dan ramai peminatnya menganggap perpindahan itu berlaku disebabkan karier Amber telah berakhir setelah tewas dalam perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas suaminya, Johnny Depp di mana mahkamah memerintah Amber membayar ganti rugi sebanyak AS$10 juta. 


Meskipun telah berpindah ke tempat baharu itu, Amber masih belum berjaya membuang tabiat lamanya.


Penduduk di sebuah bandar kecil, Costitx, di kepulauan Mallorca, Sepanyol, meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pelakon kelahiran Texas berkenaan disebabkan tabiatnya yang suka mabuk dan mereka mahu Amber berambus dari kejiranan itu.


Rakaman CCTV menunjukkan Amber melondehkan seluar lalu mencangkung untuk membuang air besar secara terbuka di kawasan kejiranan tersebut. Ketika kejadian, Amber dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol selepas menyertai parti.


"Malam semalam, Amber pulang dalam keadaan mabuk, menjerit tanpa sebab. Kejiranan ini tidak gemar dengan kehadirannya di sini. Dia kerap minum dan berparti, perbuatannya menjejaskan imej bandar kecil ini. 


"Pagi ini, saya terjumpa najis manusia di laluan pejalan kaki berdekatan dengan rumah Amber. Semakan pada rakaman CCTV menunjukkan Amber mencangkung dan membuang air besar di situ. Kami mahu dia segera keluar dari kawasan ini," kata saksi. 






Ramai individu yang tampil mendedahkan Amber sememangnya ketagih alkohol dan kerap mabuk, serta berkelakuan tidak terkawal. 


Amber dikatakan telah memadamkan akaun Twitternya disebabkan malu dengan penularan gambar tersebut, tetapi ada yang berpendapat Amber berbuat demikian kerana bekas teman lelakinya atau bekas 'Sugar Daddy', Elon Musk, telah menjadi pemilik baharu Twitter. 


Sumber: Pop Topic

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo