Slider

Lelaki cekik & kerat mayat kekasih 35 bahagian kerana bengang didesak untuk berkahwin



Seorang lelaki didakwa membunuh dan mengerat mayat teman wanitanya kepada 35 bahagian sebelum dibuang di beberapa lokasi di hutan Mehrauli, New Delhi, India.


Timbalan Ketua Polis Selatan Delhi, Angkit Chauhan berkata, suspek yang dikenali sebagai Aftab Ameen Poonawala, 28, telah direman selama lima hari untuk tindakan lanjut. 


Siasatan awal mendapati, pasangan itu berkenalan semasa bekerja di Mumbai dan menjalinkan hubungan pada penghujung bulan April. Pada awal Mei, pasangan itu berhijrah ke New Delhi untuk memulakan kehidupan baharu selepas hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga masing-masing. 


Pada 18 Mei, pasangan itu bertengkar dan Poonawala telah bertindak mencekik mangsa, Sharddha Walkar, 26, sehingga mati. 


Mayat mangsa kemudian dikerat kepada 35 bahagian dan disembunyikan dalam sebuah peti ais yang baru dibeli. 


Dalam tempoh 18 hari, suspek membuang mayat mangsa secara berperingkat di sekitar hutan Mehrauli. 


Pada September, rakan Shraddha memberitahu abang mangsa yang telefon bimbit Shraddha tidak dapat dihubungi sejak dua bulan lalu. Semakan keluarga mangsa juga mendapati, akaun media sosial Shraddha tidak dikemas kini sejak lima bulan lalu. 


Bapa mangsa, Vikash Madan Walkar, kemudian membuat laporan di Balai Polis Mumbai mengenai kehilangan anak perempuannya. 


Petunjuk awal yang diperolehi menunjukkan kali terakhir Shraddha dikesan berada di Delhi. Kes itu kemudian diserahkan kepada Polis Delhi. 


Bapa mangsa memaklumkan kepada polis mengenai hubungan anaknya bersama Poonawala yang  dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan mangsa. 


8 November, Vikas datang ke Delhi untuk mencari anaknya dan mendapat pintu rumah anaknya dikunci, lalu membuat laporan di Balai Polis Mehrauli serta memfailkan laporan baharu yang mendakwa anaknya telah diculik. Dalam laporan itu, Vikas mendakwa Shraddha pernah memberitahu Poonawala selalu memukulnya. 


Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan Poonawala yang kemudian mengaku telah membunuh Shraddha kerana berang kerap didesak untuk berkahwin. Dia turut memberitahu polis bagaimana Shraddha dibunuh dan dikerat sebelum dibuang. 


Hasil soal siasat itu, polis berjaya menemui sebahagian cebisan mayat mangsa dari lokasi kejadian. Tetapi tidak pasti jika masih ada bahagian-bahagian mayat yang tertinggal. 


Pisau yang digunakan oleh suspek yang merupakan chef pelatih, juga masih belum ditemui. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo