Slider

Lelaki dera isteri separuh mati, polis terima laporan & sedang jalankan siasatan



Susulan tular video seorang lelaki yang dipercayai bekas suami kepada penyanyi dangdut, bertindak memukul dan menendang isteri baharunya, polis telah membuka kertas siasatan. 


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah menerima laporan daripada mangsa. 


Baca: (Video) 'Silap sikit, dia akan kena bantai' - Tular video suami dera isteri separuh mati di depan anak


"Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil," katanya. 


Netizen di media sosial semalam meluahkan rasa geram dengan tindakan suspek mendera isterinya sehingga membuatkan anak tirinya menangis ketakutan. 


Perakam video dan wanita berusia dalam video itu turut dikecam netizen kerana tidak menghalang suspek dari terus menganiaya mangsa. 


Bagaimanapun, seorang individu tampil menjelaskan cerita sebenar agar tidak timbul salah faham netizen. Terutama terhadap perakam video dan wanita bertudung terbabit. 


"Yang pakai tudung itu adalah orang gaji, yang kena bantai juga. Report polis telah dibuat dan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. 


"Tetapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit, sebab dihentak di bahagian kepala, didera separuh mati. 


"Tak semua dapat direkod. Alhamdulillah, Allah bagi peluang juga untuk rekod (kejadian terbaru) dan (berjaya) melarikan diri," katanya. 


Menurut sumber, mangsa yang didera itu adalah seorang isteri yang baik. Namun suami baharunya mempunyai panas baran yang tak terkawal. Pantang sahaja isterinya melakukan kesilapan, pasti akan dibantai.


Anak tirinya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa. Dua beranak terbabit pernah dikurung dan dipukul kerana melakukan kesilapan.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo