Slider

Para pemimpin BN sebulat suara bersetuju Zahid Hamidi tidak akan dilantik sebagai PM jika BN menang PRU15 - Tok Mat



Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, sekali lagi menyakinkan rakyat bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tidak akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15). 


Beliau berkata, para pemimpin UMNO/BN sudah sebulat suara bersetuju bahawa calon Perdana Menteri yang ke-10 adalah Ismail Sabri Yaakob. Tetapi pelantikan jawatan perdana menteri itu adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. 


"Jangan diragukan lagi. Tapi terpulang kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Kita hanya boleh mencadangkan saja. 


"Seperti di Johor, kita mencadangkan nama Datuk Seri Hasni Mohammad kekal sebagai Menteri Besar. Tetapi Sultan Johor mahukan orang lain," katanya. 


Dalam pada itu, Mohammad sedar pihak lawannya, Pakatan Harapan (PH) berterusan memainkan isu tersebut kerana ketandusan idea, selain berniat mahu mengelirukan rakyat. 


Mohamad percaya, rakyat sudah muak dengan 'perubahan' yang dibawa oleh PH selepas PRU14 dan akan kembali mengundi BN pada 19 November ini untuk menerajui Putrajaya semula. 


Isu 'Undi BN, bermakna undi Zahid menjadi PM' mula hangat diperkatakan sejak bermulanya PRU15 kerana tinjauan mendapati, rakyat meragui kemampuan Zahid mentadbir kerajaan. Ditambah pula, Zahid masih menghadapi pertuduhan kes-kes di mahkamah. 


Sejak dari itu, ramai pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa Ismail Sabri akan kekal sebagai Perdana Menteri jika menang PRU15.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo