Slider

Pemimpin PH dan BN berjumpa di Hotel Seri Pacific KL pagi ini, adakah anda teruja atau sebaliknya?



Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan mengadakan perjumpaan pada jam 10 pagi Isnin di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, namun tidak dinyatakan tujuan perjumpaan itu diadakan. 


Menurut sumber, "Saya diberitahu memang ada perjumpaan antara pemimpin PH dan BH. Tapi saya masih tidak pasti perjumpaan itu berkenaan apa". 


Sementara itu, sumber dari PH pula mengatakan, perjumpaan itu hanyalah sekadar perjumpaan biasa sahaja. 


"Bukan rasmi, sekadar perjumpaan biasa. Tak salah jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya," katanya. 


Anwar semalam memaklumkan pihaknya mempunyai sokongan majoriti itu membentuk kerajaan persekutuan. Bagaimanapun tidak mendedahkan parti mana yang akan memberi sokongan kepada PH untuk berbuat demikian. 


Anwar sebaliknya memberitahu media, pihak yang dimaksudkan itu akan mengeluarkan kenyataannya sendiri dan beliau yakin PH akan mendapat membentuk kerajaan persekutuan. 


Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) juga yakin pihaknya akan mendapat sokongan daripada GPS, GRS dan beberapa ahli Parlimen lain yang tidak dinamakan dari parti mana. 


Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, tiada salahnya jika ahli Parlimen BN menyatakan sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan kerana perbuatan itu tidak melanggar Akta Anti Lompat Parti. 


Muhyiddin berkata demikian menggulas kenyataan Zahid yang mengatakan ahli Parlimen BN yang menang PRU15 telah menandatangani akujanji pilihan raya untuk memberi mandat kepadanya selaku presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan. 


Sumber: MalaysiaKini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo