Slider

PN janji akan isytihar cuti umum jika menang PRU15 untuk memudahkan pengundi



Perikatan Nasional (PN) berjanji akan mengisytiharkan cuti umum jika perikatan itu berjaya memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15). 


Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 20 November, Ahad, akan diumumkan sebagai cuti bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor, manakala 21 November, Isnin, bagi negeri-negeri lain. 


"Tawaran ini tiada dalam Tawaran PN Best, saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi. Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau tempat lain daripada tempat tinggal mereka. 


"Jadi saya nak umumkan, jika PN menang dalam pilihan raya pada 19 November nanti, kita akan isytiharkan cuti umum pada Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan Isnin bagi negeri lain. 


"Ini akan membolehkan pengundi luar keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin," katanya semasa mengumumkan pelancaran Tawaran PN Best malam semalam. 


DIfahamkan, Tawaran PN Best itu bertemakan 'Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang' yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo