Slider

Putus cinta, gadis maut terjatuh dari tingkat 5 flat Taman Pulai Utama



Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat lima flat di Taman Pulai Utama, Kangar Pulai, 1 November lalu. 


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, mayat mangsa ditemui orang awam pada jam 5.45 petang di bawah blok yang kemudian terus memaklumkan penemuan itu kepada polis. 


Sebelum kejadian, ada saksi yang memaklumkan mereka ternampak remaja itu sedang bermain telefon di tingkat tersebut dan tidak beberapa lama kemudian terdengar bunyi dentuman di bawah blok. 


"Saksi nampak mayat mangsa berada di lantai bawah blok dan terus menelefon Balai Polis Kangkar Pulai untuk memaklumkan kejadian," katanya. 


Siasatan mendapati mangsa terdahulu bertengkar dengan teman lelakinya yang mahu memutuskan hubungan mereka. Mangsa cuba menghubungi lelaki itu, tetapi panggilannya tidak dijawab. 


Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo