Slider

Remaja lelaki cuba bunuh kakak agar dia dapat melakukan hubungan seks dengan mayatnya



Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati cuba membunuh kakaknya sendiri agar dia boleh melakukan hubungan seks dengan mayatnya. 


Insiden mengejutkan itu dilaporkan berlaku di Israel di mana remaja lelaki berusia 20 tahun itu telah ditahan polis pada awal pagi 13 November lalu. 


Kakaknya yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat ditikam oleh suspek, dan kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Meir, di Kfar Saba. 


"Dia masuk ke bilik saya pada waktu malam, tiba-tiba dia keluarkan pisau dan mula menikam kepala saya. 


"Saya berlari keluar dari bilik, kalau tak dia akan membunuh saya. Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadapnya," kata mangsa. 


Polis mengesahkan suspek berbuat demikian kerana mahu melakukan hubungan seks dengan mayat kakaknya selepas membunuhnya kerana dia adalah peminat filem necrophilia. 


Peguam mangsa berkata, suspek berdepan dengan masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah. Disebabkan keadaannya itu, suspek telah dimasukkan ke hospital psikiatri sejak ditahan untuk penilaian psikiatri bagi menentukan statusnya. 


Menurut Jerusalem Post, necrophilia secara teknikalnya bukan kesalahan jenayah di negara haram itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi pada 2018 menetapkan bahawa kesalahan seksual hanya terpakai kepada orang yang masih hidup. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo