Slider

'Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan' - Tok Mat mahu BN jadi pembangkang, tak perlu sokong PH atau PN



Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, mencadangkan Pakatan Harapan (PH) bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. 


Menurut Mohammad atau Tok Mat, cadangan itu dibuat kerana PH dan PN kerana dua blok berkenaan mendapat undi tertinggi dalam PRU15. 


"Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan. 


"Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mndapat bilangan nombor undi yang tinggi. BN bersedia menjadi pembankang yang bertanggungjawab 'check and balance' kerajaan baru," katanya. 


Namun katanya, sekiranya PH dan PN gagal membentuk kerajaan persekutuan, Mohamad meminta rakyat tidak menyalahkan mereka kerana ini adalah hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. 


Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob mengatakan beliau tidak akan bekerjasama dengan PH dan rela dipecat oleh UMNO. 


Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein turut berkongsi nada yang sama kerana mahu mempertahankan prinsip dan maruah. 


Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk ketua parti atau gabungan politik untuk mengemukakan senarai sokongan Ahli Parlimen yang mencalonkan calon pilihan mereka untuk menjadi perdana menteri. 


Tindakan ahli-ahli politik mengeluarkan kenyatan balas di media sosial, mengundang pelbagai reaksi rakyat yang memerhati mereka sejak tamatnya PRU15 Sabtu lalu.


Sumber: Facebook Mohamad Hasan

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo