Slider

'Selepas menang PRU15, kami cari Azam Baki' - Rafizi nekad siasat pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM bernilai hampir 2 juta



Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan dia akan mencari Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, sejurus selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi PRU15 19 November ini.


Menurut Rafizi, tujuannya mencari Azam Baki adalah berhubung dengan skandal pegangan sahamnya hampir dua juta dalam sebuah syarikat tersenarai awam antara April 2015 dan Mac 2016 semasa berkhidmat sbagai pengarah siasatan SPRM. 


"Selepas menang pilihan raya, kami cari Azam Baki, insyaAllah. Saya tahu Azam baki tengok ceramah ni! Saya harap bila PH menang, bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi," katanya semasa berceramah di Ceramah Mega PH di Johor Bahru semalam. 


Januari lalu, Azam memaklumkan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bahawa saham itu dibeli oleh adiknya dengan menggunakan namanya. Azam yakin dia tidak melakukan sebarang kesalahan. 


Pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa di Dewan Rakyat itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Sekuriti. Namun, pihak berkenaan memaklumkan mereka tidak menemui sebarang bukti perdagangan proksi kerana Azam mempunyai kawalan ke atas akaun dagangannya sendiri. 


Terdahulu, Rafizi mendakwa SPRM telah menyerbu pejabat syarikat miliknya, Invoke, dan mengambil beberapa dokumen, susulan mendapat laporan dari sebuah NGO yang curiga dengan pengisytiharan harta Rafizi sebanyak RM18.85 juta. 


Rafizi berkata, SPRM sepatutnya mendapatkan perintah mahkamah untuk membuat rampasan dokumen yang mengandui maklumat sulit pelanggan dan dilindungi oleh klausa kerahsiaan. 


"Bagi waran yang membolehkan SPRM sita apa-apa, tahan siapa-siapa, ini namanya buli! Tak cukup dengan semalam, hari ini sambung lagi. Dia ingat dengan buat begitu, saya akan takut? 


"Kamu tahan pekerja-pekerja saya, kamu buli mereka, tanya bukan-bukan, tak apa. Hari ini saya hantar peguam. Sebab hari itu mereka datang peguam kami ada. Kami dah buat keputusan, kalau kamu nak soal siasat, nak minta dokkumen, nak rampas apa-apa, sila ikut undang-undang," katanya yang juga mendakwa SPRM bertindak terhadap Invoke adalah sebahagian daripada taktik ugutan BN di hari-hari terakhir berkempen. 


Sumber: MalaysiaKini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo