Slider

‘Uni Awam, hantar polis bantuan stop kelas demokrasi. Uni Swasta, hantar mahasiswa join kelas demokrasi’ - Fahmi Reza



Sejak Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu, pereka grafik dan aktivis politik, Fahmi Reza, 45, mengambil inisiatif menganjurkan kelas demokrasi bagi memberi pemahaman yang penuh mengenai sistem demokratik di negara ini. 


Kelas tersebut menyasarkan golongan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam/swasta (IPTA/IPTS) terutama bagi mereka yang baru pertama kali mahu mengundi di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


Segalanya berjalan lancar di IPTS, bagaimanapun di IPTA, kehadirannya tidak begitu disenangi oleh sesetengah pihak, lalu mengarahkan kelas anjurannya itu diberhentikan serta-merta walaupun niatnya memberi pemahaman mengenai subjek itu tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik. 



Tindakan pihak IPTA itu mengundang pelbagai reaksi netizen, berbeza dengan pihak IPTS yang tidak menghalang kehadiran Reza untuk menyampaikan ilmu. 


"Ini bukti pentadbiran uni memang bodoh. Kalau saya tahu Fahmi datang, saya akan arah prof yang fasih dalam bidang politik dan undang-undang untuk hadir sama sekali untuk sertai perbincangan. Uni kat Malaysia masih tak matang," kata JustSaying. 


"Ini bukti B40 ditindas dan M40 atau T20 lebih bebas bersuara. IPTA ada dana tetap dari kerajaan (wajib jilat), pelajar boleh buang sesuka hati. IPTS kena hormat hak student sebab tak ada student, tak ada pendapatan," kata Afiq. 


"Kesian anak orang susah belajar di uni awam, sentiasa terkebelakang. Yang kaya dan semakin cerdik kat uni swasta yang mahal. Bila minta kerja sudah pasti yang kat uni swasta menjadi pilihan. Kebahalolan berterusan," kata Meranti. 


"Mereka takut dengan undi 18. Lagipun mereka tak nak orang Melayu bijak pandai. Mereka mahu Melayu di takuk lama, hanya menurut kata-kata mereka sahaja. Jika anak Melau celik mata, bijak pandai, dah tak ada peluang mereka nak kumpul harta berjuta-juta," kata Intan. 


Apa pandangan anda? 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo