Slider

(Video) 'Ingatkan makcik jual buah jeruk tadi' - Netizen terkejut tengok Zuraida berkempen raih undi di tengah jalan



Video Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin berkempen di tengah jalan bagi meraih undi dari penduduk Ampang, tular di media sosial sejak semalam. 


Video menunjukkan Zuraida memegang plakad dan sesekali meminta orang awam yang melalui jalan utama berhampiran dengan sebuah stesen minyak di Ampang Jaya, untuk membunyikan hon. 


Menurut Ahli Majlis Tertinggi PBM, JC Jess Choi berkata, video itu dirakam ketika Zuraida bersama penyokongnya hadir pada flashmob tersebut. 


Pihaknya telah memberi taklimat keselamatan kepada semua individu yang menyertai flashmob itu. Tujuan flashmob itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengundi untuk keluar mengundi. 


"Beliau (Zuraida) ke tengah jalan sebagai simbolik flashmob sahaja dan selepas itu berdiri di tepi jalan untuk meneruskan flashmob tersebut kira-kira 30 minit," katanya. 



Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa 'simpati' terhadap Zuraida yang dianggap sudah 'jatuh' akibat tindakannya bersekongkol dengan beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin Ali yang berpaling tadah keluar dari Pakatan Harapan (PH), sekali gus menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan selama 22 bulan selepas menang PRU14. 


"Cara berkempun pun dah mencerminkan tahap mana je IQ dan kecerdasan fikiran. Pilihlah calon yang berwibawa untuk mewakili anda di kawasan parlimen anda," kata Himono. 


"Inilah gambaran pengkhianat. Undi PH, balik ke pangkuan," kata Michael. 


"Inilah akibat orang yang gila kuasa dan mengkhianat, jatuh sampai ke tahap seperti ini. Betul-betul macam dalam movie," kata Nabena. 



"Kesian YB nak minta kerja, sampai macam tu sekali. Kita sebagai majikan, pilihlah pekerja yang terbaik. Tengok resume/cv mereka dengan teliti. Jadilah majikan yang bijak," kata Nasrul. 


Sumber: Sinar Harian, Twitter

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo