Slider

(Video) Lengah bayaran mengundi, orang ramai maki hamun petugas parti politik di Tanah Merah?



Setiap kali diadakan Pilihan Raya Umum (PRU), sambutan dari rakyat Malaysia sangat mengagumkan. Perantau sanggup menempuh perjalanan jauh pulang ke negeri masing-masing walaupun berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.


Semangat dan keikhlasan seperti ini diperlukan sebagai tanda sokongan kepada negara yang tidak berbelah bahagi. 


Namun begitu, kurang enak didengari jika pulang mengundi kerana tawaran yang akan diberikan berbentuk ganjaran atau upah. Secara tidak langsung mencerminkan seolah rakyat bukan mengundi berpaksikan kepada kredibiliti seseorang calon.


Tular di TikTok, orang ramai kelihatan bersesak-sesak di luar dewan dan juga kedengaran suara memaki hamun petugas parti politik dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Tanah Merah, Kelantan.


Kumpulan orang ramai itu dikatakan bengang dengan tindakan parti berkenaan yang lambat dalam menguruskan pemberian tuntutan wang.


"Kat sini ada nenek, ada orang tua, ada ibu mengandung. Lain kali, keluar. Berlagak la," kata pemuda yang memakai topi. 


"Orang nak pergi kerja ni," kata satu suara lagi dengan nada marah. 


@pokjaking #fypシ゚viral #pru15 ♬ bunyi asal - pokjaking

 

@pokjaking #fypシ゚viral #pru15 ♬ bunyi asal - pokjaking


Dengan kesesakan yang berlaku di luar dewan dan ditambah pula dengan cuaca yang panas menyebabkan seorang wanita pengsan yang kemudian dibantu oleh dua lelaki mengusungnya keluar dari kesesakan itu.


Rata-rata netizen mengecam tindakan parti berkenaan dan tidak kurang juga yang menyalahkan orang ramai yang rela mencemarkan maruah diri demi sejumlah wang.


Sumber: TikTok PokJaking

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo