Slider

(Video) 'Start dari raya tak ada air, adik & keluarganya pun tak nak balik sebab tak ada air'



Tular di media sosial luahan seorang wanita di Pasir Mas, Kelantan, mengenai masalah ketiadaan bekalan air di kawasan perumahannya, menyebabkan rutin harian terjejas dan adik beradiknya yang mempunyai keluarga yang ramai juga tidak dapat pulang beraya di kampung. 


Menurut pengadu masalah itu berlaku sejak  Mei lalu ketika umat Islam menyambut perayaan Hari Raya. Ramai penduduk di kawasan tersebut pasrah serta terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan bekalan air. 


"Start daripada hari raya, adik saya daripada Johor, lapan beranak balik ke sini. Tak dapat nak sembahyang raya. Sampai nak makan, nak masa pun kita tadah air hujan. Itu pun kalau waktu itu hujan lebat. 


"Saya minta adik saya ambilkan air di bendang untuk tanak nasi, tetapi dia menolak sebab takut terkena racun padi," katanya. 


Masalah ketiadaan bekalan air itu membuatkan adiknya berkemungkinan tidak akan balik ke kampung lagi pada raya tahun depan, kerana ahli keluarganya yang ramai. 


Kesal dengan apa yang berlaku, pengadu hanya mampu berserah dan berkata, "Tak apalah saya duduk seorang-seorang. Walau macam mana pun saya tak kisah". 


@mktfi Adik beradik tokleh balik raya sbb takdok air #pru15 #husammusa2022 #husammusa #husam4pasirmas #prukelantan #pasirmas #pakatanharapan #perikatannasional #dsai4pm #parlimen #airkelantan #masalah #viral ♬ Bangkit Pertahan - Soutul Amal


Di ruangan komen, netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan dan berharap rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini membuat pilihan yang tepat agar masalah sedemikian tidak lagi berulang di masa akan datang. 


"Selama ini saya tak terfikir pun masalah air boleh menjarakkan hubungan sesebuah keluarga. Ibu ini meluahkan perasaan bilamana adiknya tidak dapat balik disebabkan masalah air. 


"Mungkin disebabkan saya terlalu selesa di perantauan sehingga terlupa akan kesengsaraan orang," kata Hasyir Husam. 


"Sakit tekak laung Islam, Islam. Tetapi benda keperluan asas rakyat pun gagal disediakan oleh Kerajaan Pas," kata Pakcoy. 


Sumber: TikTok Mktfi

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo