Slider

(Video) 'Aku kena saman sebab parking kereta di parking OKU' - Pengadu tuntut penjelasan MPKL



Tular di media sosial, seorang lelaki kategori Orang Kurang Upaya (OKU) mengakui dia berasa bingung dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang mengenakan kompaun/saman terhadapnya kerana meletakkan kenderaan di petak khas untuk golongan OKU. 


Roslan Jajuli, terdahulu memuat naik video tersebut di platform TIkTok berkongsi mengenai kejadian yang menimpanya semalam, mengundang banyak reaksi netizen. 


"Aku kena saman sebab parking kereta di parking khas OKU. Bayar je lah, RM20 kan? Nanti aku ambil resit," katanya. 


Berdasarkan video, kenderaan milik Roslan mempunyai pelekat OKU dan kenderaannya juga diparkir dalam keadaan yang baik tanpa melebihi garisan. 


"Aku parking cantik, bukannya parking senget-senget ke apa, tak ada kan? Masalahnya aku disaman sebab parking di tempat OKU. 


"Aku baru tahu kalau (OKU) parking di tempat OKU adalah salah," ujarnya. 


Hal itu mengundang kehairanan Roslan, bagaimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan tugas tanpa memeriksa terlebih dahulu sama ada kenderaan itu mempunyai pelekat OKU atau sebaliknya. 


"Kereta aku disaman MPKL. Tempat di saman, kat Morib atas kesalahan parking kereta di tempat letak kereta Orang Kurang Upaya. Sticker OKU yang sebesar macam ini pun dia (penguatkuasa MPKL) tak nampak? 


"Lain kali kau janganlah saman kereta aku, takkanlah sticker besar-besar macam ini pun tak nampak?" katanya. 


@roslanjajuli Saman #saman #samanparking #morib #majlisperbandaran ♬ original sound - roslanjajuli


Sementara itu di ruangan komen, netizen meminta Roslan pergi ke pejabat MPKL untuk menuntut penjelasan kerana ada sesetengah yang berpendapat Roslan berkemungkinan perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pelekat OKU yang mempunyai nombor siri. 


"Mungkin sebab abang tak daftar parking kat PBT. Saya pun OKU juga, berdaftar dengan PBT, dapat sticker OKU PBT ada nombor siri sekali. Sticker biru untuk cermin belakang," kata Elmi. 


Menurut segelintir netizen, PBT berbuat demikian kerana sesetengah pemilik kenderaan mengambil kesempatan untuk meletakkan kenderaan di petak khas OKU dengan menggunakan pelekat OKU palsu. 


"Kadang-kadang bukan apa, mesti ada yang mengambil kesempatan. Tampal sticker, selepas itu park di tempat OKU, padahal pemandunya tak OKU pun," kata Vago. 


Namun, ada juga OKU yang mengadu dia sudah berdaftar dengan PBT dan diberi pelekat OKU. Tetapi tetap disaman apabila meletakkan kenderaan di petak khas OKU. 


"Saya pun pernah kena nasib yang sama. Dah daftar dekat PBT, siap dapat sticker lagi. Tetapi tetap kena saman juga," kata Haswanzz. 


Sumber: Roslan Jajuli

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo