Slider

Wanita maut terjun dari tingkat 28, sangkut di tingkat 20



Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas terjun dari tingkat atas sebuah bangunan di Damansara Perdana, pagi tadi. 


Menurut laporan Kosmo Online, wanita berkenaan berusia 40 tahun dan dikatakan terjun dari tingkat 28, tersangkut di tingkat 20 bangunan tersebut. 


Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Faizul Izwan Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.09 pagi dan mengerahkan sepasukan anggotanya ke lokasi kejadian. 


"Tiba di lokasi, kami mendapati mangsa yang terjun dari tingkat 28 telah tersangkut di tingkat 20 bangunan berkenaan. 


"Mangsa berjaya diambil dan dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20," katanya. 


Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Kosmo Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo