Slider

'McDonald Presint 2 bukan tempat untuk anak-anak siapkan kerja sekolah/assignment' - Pengadu

Foto Hiasan Sahaja



Trend menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat untuk belajar bukanlah satu perkara yang baru. Ianya berlaku sejak dari dulu lagi. 


Pelbagai teguran telah dibuat sama secara berdepan atau melalui media sosial. Tetapi, masalah itu berterusan berlaku seperti tiada penghujungnya.


Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa geramnya terhadap sekumpulan anak-anak muda yang menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat untuk menyiapkan assignment, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"McDonald Presint 2 (Putrajaya) bukan tempat untuk anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau assignment. Orang datang situ nak makan (tapi) takde tempat. 


"Order air secawan, duduk (sampai) lima jam. Parah," kata pengadu dalam Facebook Komuniti Putrajaya. 




Tetapi ada yang berpendapat, pengadu sepatutnya mengalah kerana, ada baiknya mereka berbuat demikian berpeleseran entah di mana-mana yang akhirnya terjerumus dalam aktiviti yang meruntuhkan akhlak.


Selain itu juga, tempat itu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan sentiasa dikunjungi orang ramai. 


"Mengalah sajalah daripada diorang berpeleseran tak ketahuan. At least and not last, ada ciri-ciri keselamatan dalam premis tersebut dan ramai orang sentiasa ada. InshaAllah. Maafkan diorang ye," kata Dila. 




Bagaimanapun, respon berkenaan dibidas oleh pengadu yang menegaskan, pelanggan datang untuk menikmati makanan di restoran berkenaan dan sepatutnya diberi keutamaan. 


"Tak boleh juga. Kesian orang datang nak makan. Makanan sudahlah mahal, nak pergi makan tempat lain ambil masa juga nak cari. Ini tidak, tingkat atas dan bawah diorang conquer," katanya.


Tidak kurang ada juga yang meminta pengadu untuk memaafkan anak-anak muda berkenaan. Sekiranya masih tidak berpuas hati, tidak perlu kembali ke premis tersebut dan menyarannya pergi ke premis T20 seperti Starbucks. 




Apa pandangan anda? Wajarkah trend ini berterusan berlaku? Apa reaksi pihak premis berkenaan? 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo