Richard Huckle (pedofil) mati ditikam di penjara Britain
'Dia tak peduli girls or boys semua diperkosa, even bayi pun dia dera' - Menggeletar tangan baca kezaliman sebenar Richard Huckle
Richard Huckle (Pedofilia) dicekik sampai mati, kepala ditikam dengan pisau sampai tembus otak oleh rakan satu sel
Oktober 2019, penjenayah pedofilia, Richard Huckle, 33, dari Britain dilaporkan mati akibat ditikam rakan sebiliknya ketika menjalani hukuman penjara di negara kelahirannya.
Huckle sebelum itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah atas pertuduhan mencabul dan mendera lebih dari 200 kanak-kanak di luar negara, termasuk Malaysia.
Menurut laporan Daily Star semalam, Huckle diserang oleh Paul Fitzgerald yang mencekiknya sehingga mati sebelum menikam kepala mangsa dengan pisau buatan sendiri menembusi otaknya.
Selain itu, Fitzgerald juga memasukkan objek ke dalam dubur dan otak Huckle sebagai salah satu bentuk hukuman di atas jenayah yang dilakukannya dalam jenayah terancang.
Pendakwa Raya Alistair Neil Macdonald juga menunjukkan bukti kepada Mahkamah Hull Crown semalam, hari pertama Fitzgerald dibicarakan atas tuduhan membunuh Huckle.
Mahkamah diberitahu, perbuatan tertuduh itu diketahui oleh banduan lain yang mendapati Fitzgerald sedang mencekik Huckle dalam keadaan meniarap, seperti sedang berurut.
Tangan dan kaki Huckle juga diikat dan dicekik dan kelihatan darah di keliling kepala mangsa.
Dua pegawai penjara itu dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke sel tersebut dan mendapati Fitzgerald masih dalam posisi yang sama dan sedang membisikkan sesuatu pada Huckle tetapi tidak jelas kedengaran.
Selepas dipaksa keluar dari sel itu, Fitzgerald berkata, "Saya rasa, saya dah bunuh dia. Dia dah mati."
Pada hari yang sama, Fitzgerald juga memberitahu pengurus kesihatan mental yang dia bersama dengan dua atau tiga lagi rakan lain telah merancang untuk membunuh, tetapi mendapati dia seronok 'bersama' Huckle.
Jururawat Kanan, Brennan berkata, Fitzgerald kelihatan tenang ketika berkata demikian dan langsng tiada riak wajahnya yang kesal.
"Ini adalah serangan yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan cermat untuk merendahkan dan mengaibkan Huckle," kata MacDonald.
Perbicaraan dijangka berlangsung selama lima hari secara berterus.
Sumber: Daily Star
Lelaki Warga Britain Mengaku Cabul Puluhan Kanak² Malaysia
Huckle Dipenjara Seumur Hidup
Jangan bagi anak install WhatsApp, WeChat dan aplikasi seumpamanya dalam smartphone
- Beritahu anak, tiada sesiapa yang boleh sentuh bahagian kemaluan mereka walaupun orang terdekat dalam keluarga.
- Biasakan dengar mereka mengadu dan tunjukkan yang kita ambil berat dengan aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara kecil.
- Ajar anak untuk berkata TIDAK jika ada orang lain yang meminta mereka buat perkara yang aneh dan menyakiti mereka.
- Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yang bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sedang dipengaruhi oleh pedofil.
- Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.
- Jangan muat naik gambar anak kita berpakaian seksi walaupun mereka masih kanak-kanak. Memang ada laman web lucah kanak-kanak yang suak mencari gambar kanak-kanak seksi untuk menjadi bahan tatapan dan perbincangan mereka. Richard Huckle sendiri menyimpan 20,000 gambar kanak-kanak sebagai koleksi.
- Pastikan telefon bimbit anak kita jenis yang tiada aplikasi seperti WhatsApp, WeChat dan yang sewaktu dengannya. Cukuplah telefon bimbit itu hanya boleh sms dan buat panggilan biasa.
- Kalau anak nak guna juga internet dan aplikasi yang lain, pastikan kita sudah install aplikasi untuk pantau aktiviti mereka di telefon bimbit itu. Contoh aplikasi yang anda boleh muat turun di Google Play dan App Store ialah, Kids Place, Abeona, Screen Time Parental Control dan Parental Control Board