(Video) 'Kau tak insaf Nur Syazwani?!' - Individu didakwa Pengkid, memakai ihram lengkap lelaki tunai umrah di Mekah

Individu didakwa wanita berperwatakan lelaki | Foto Aliya Mansor



Dua tahun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan berita mengenai seorang usahawan kosmetik yang mengenakan pakaian wanita ketika mengerjakan umrah, walaupun umum mengetahui jantina sebenar usahawan berkenaan.


Terbaru, seorang pengguna Twitter, Aliya Mansor, pula mendedahkan kenalannya, wanita berperwatakan lelaki (pengkid), memakai ihram lengkap ketika mengerjakan umrah. 


“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram hahahaha! Mampus kaulah sana, semoga kena panah petir. Tak pun lumpuh sebelum balik. Main-main dengan hukum Allah.




“Kau tak insaf Nur Syazwani Mohamad Resad? Kau tak pernah insaf yet kau makin buat gila. Nak tunjuk kau lelaki.


"Kalau ada yang nak aku spill (dedah) semua, I will spill sebab kes macam ni tak viral, tak kena tangkap dan tak insaf. Aku penat tengok kau menipu sampai langgar hukum Allah. Kau nak cakap aku fitnah? Aku ada screenshot conversation kau ajak aku kahwin, email kau, video kau dengan perempuan-perempuan lain. 


“Nak suruh aku take down content? Tak akan! Sebab makin besar penipuan kau merata-rata ni,” tulisnya.




Menurut Aliya Mansor, dia mempunyai bukti kukuh mengenai penipuan yang dilakukan oleh Syazwani atau lebih dikenali sebagai Ayid. 


“Record tempat mengundi dekat Bota Perak, no kad pengenalan kau, lesen kau semua. Apa lagi kau nak pusing dekat semua orang? Dengan orang lain kau boleh goreng, dengan aku kau jangan main gila,” tegasnya.



Aliya Mansor juga mendakwa, Syazwani pernah menipu beberapa orang wanita lain.




Mengetahui pendedahan itu tular di media sosial,  seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas majikan Syazwani turut tampil mengesahkan bahawa individu itu adalah Syazwani.


Menurut sumber yang sama,  Syazwani dikatakan mengerjakan umrah melalui tiket visa pelancong. 




Dalam masa sama, Aliya Mansor menegaskan dia bukan mahu membuka aib sesiapa tetapi perlu difahami bahawa dia adalah mangsa kepada wanita berperwatakan lelaki itu. 


"If you talk about aib this time, you are totally wrong. I salah seorang mangsa dia dan ada lagi mangsa lain. Dia masih tak insaf dan berubah. Kitorang dah nasihat dan marah banyak kali tetap tak jalan. Nak biarkan?" tegasnya. 


Netizen kini berharap pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit kerana bimbang Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan syarat yang lebih ketat kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadat di sana kelak.


Sumber: Aliya Mansor

Jalan rosak teruk, bapa terpaksa jalan kaki 1 jam sambil kendong jenazah anak bawa pulang ke rumah

Foto Persatuan Amal & Jariah Sabah



Berat bebanan yang dipikul. Tatkala orang lain sedang menikmati kesenangan, ada yang masih menanggung derita dan kesusahan. 


Seorang bapa sanggup berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu, sambil menggendong jenazah bayi perempuannya biarpun perjalanan itu memakan masa lebih kurang satu jam. 


Lapor Sabah Info, lelaki itu terdahulu dibantu oleh pihak Persatuan Amal dan Jariah Sabah yang menawarkan diri untuk menghantarnya pulang dengan jenazah anaknya. 


Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila keadaan jalan yang sangat teruk, tidak mengizinkan mereka meneruskan perjalanan. 


"Kejadian ini baru berlaku beberapa bulan lalu. Bayi perempuan berusia lima bulan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen 2, Kota Kinabalu. 


"Keluarganya merupakan golongan kurang berkemampuan dan Persatuan Amal dan Jariah Sabah tampil membantu dengan menyediakan keranda dan menghantar mereka pulang ke rumah. 




"Setibanya di pertengahan jalan, van jenazah terkandas dan tidak dapat melalui jalan tersebut berikutan keadaannya sangat teruk. Disebabkan itu, waris terpaksa pulang dengan berjalan kaki membawa jenazah anaknya pulang ke rumah dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam. 


"Pahit untuk ditelan, ini merupakan satu realiti yang berlaku di Daerah Kota Marudu, salah satu daerah termiskin di Malaysia. Takziah untuk kedua ibu bapa dan semoga diberi kekuatan di atas pemergian anak tersayang," katanya. 




Difahamkan, semasa terkandas, mereka cuba membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan. Namun, telefon bimbit mereka tidak mempunyai capaian yang stabil dan dalam masa sama mereka sedang berada di tengah-tengah hutan di waktu lewat malam.




Di ruangan komen, netizen khususnya orang Sabah meluahkan rasa simpati dan menyelar pihak kerajaan yang dilihat gagal menyediakan kemudahan asas kepada penduduk. Ini termasuk kegagalan kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya sendiri. 


"Selagi Isu ini belum dapat di atasi, lebih baik cabut saja tulisan (slogan) Sabah Maju Jaya. Wakil rakyat yang sedia ada bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi lebih kepada kepentingan diri!" kata Miroku Kaito. 


"Terima kasih kepada pihak NGO yang membantu keluarga ini yang sedang menghadapi kesusahan. Shame on Sabah Government!" kata Sharain Liew. 


"Saya tidak sabar menunggu alasan menteri atau mereka yang bertanggungjawab, kenapa selepas berpuluh tahun sudah berlalu tetapi jalan raya di Kota Marudu masih tidak elok," kata Angelo Augustus. 


20 Julai lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli DUN dan anggota pentadbiran negeri yang lain.


Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kenaikan itu adalah wajar dan tidak terlalu berat kerana ia hanya melibatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM5.6 juta setahun. 


"Pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting, wakil rakyat perlu terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. 


"Kita mengambil inisiatif ini memandangkan keadaan yang berlaku di persekitaran kita sekarang ini walaupun kita faham mungkin rakyat di luar sana bercakap kenapa dalam keadaan sekarang dan sebagainya. Tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat anggota kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 


"Kerajaan perlu ada dasar yang baik untuk memastikan taraf hidup rakyat yang ada sekarang ditingkatkan sekali gus membasmi kemiskinan ini paling penting," katanya.


Sumber: Sabah Info

'Saya sedih, kenapa ramai kecam saya' - Tak hirau kecaman, Aliff Syukri nekad lancar MV Baby Sayang, Baby Shima dakwa netizen banyak berimiginasi



Buat hal, ditegur pihak berkuasa atau pendakwah bebas, menangis kemudian minta maaf dan umum bertaubat untuk meraih simpati orang. Beberapa minggu kemudian, ulangi semula kesilapan dengan sengaja atas alasan mahu berniaga mencari rezeki halal. 


Itulah taktik ahli perniagaan Aliff Syukri untuk mendapatkan perhatian netizen bagi melariskan produknya. Biarpun dikecam, ditegur, telinga atau mata bagaimanapun terlalu tebal untuk menerima teguran dan otak terlalu tepu untuk berfikir untuk menginsafi perbuatan tidak bermoral itu. 


Baru-baru ini, tampil mencetuskan kontroversi menggunakan taktik yang sama dengan melakukan aksi ghairah bersama penyanyi Baby Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli, untuk mempromosikan lagu baharunya, Baby Sayang. 



Dalam video teaser yang dikongsikan di Instagram, Aliff yang sedang menyanyi ditemani oleh Baby Shima yang memakai seluar pendek menari dengan aksi lentiknya tanpa sebarang rasa malu dan sengaja mempertontonkan bentuk badannya kepada umum. 


Selepas 'berduet' dengan Baby Shima, Aliff bagaikan tidak menghirau teguran dari pelbagai pihak dan terus memuat naik video aksi geleknya bersama TikToker Ratu Farah Diva, sekali gus mencemarkan imej wanita beragama Islam. 



Baby Shima dalam kenyataannya yang disiarkan Harian Metro berkata, dia sedar dengan kecaman netizen tetapi enggan mengendahkan itu semua dan menganggap netizen terlalu banyak menonton cerita tidak bermoral dan berimiginasi. 


"Komen netizen ini saya tak ambil kisah. Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa, mungkin mereka yang banyak menonton (Cerita tidak bermoral) dan berimiginasi," katanya. 


Jelas Baby Shima lagi, menyanyi sambil bergelek adalah perkara biasa sebagai penyanyi dangdut. 


Video kontroversi itu turut menarik perhatian bekas peserta Da'i, Wan Dazrin yang sekali lagi memberi teguran kepada ahli perniagaan terbabit. 


"Dari dulu sampai sekarang, banyak kali rasanya teguran terbuka daripada saya. Tapi nampaknya masih sama. Sayang seribu kali sayang kerana nasihat tidak pernah berhasil. Kita nasihat sebab sayang, kita marah sebab prihatin. 


"Pergilah Aliff dengan keduniaan itu. Satu masa kamu akan terduduk dan menyesal. Satu masa Aliff akan faham populariti itu sementara," katanya. 


Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak juga memberi teguran terbuka kepada Aliff Syukri untuk membatalkan pelancaran lagu yang tersebut yang mengandungi unsur negatif dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum, apatalah lagi bertentangan dengan ajaran Islam. 


"Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuna kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang," katanya. 


Difahamkan, pelakon Aeril Zafrel sempat meninggalkan komen di video tidak senonoh itu sebelum Aliff menyahaktifkan ruangan komen. Aliff membalas dia sedih dan kecewa mengapa ramai yang mengecamnya. 


"Saya sedih, kenapa ramai kecam saya. Saya kecewa," katanya seperti mana yang telah dijangkakan. 


Sumber: IG Aliff Syukri

'Video tu dah diedit, tak pernah dalam hidup saya nak bodohkan orang lain' - Najib Asaddok



Semalam tular di media sosial sifu perniagaan, Najib Asaddok, dikatakan koyak dengan soalan yang diajukan oleh salah seorang netizen yang menonton live TikToknya kelmarin. 


Najib bagaimanapun menerusi Instastory menjelaskan bahawa insiden itu tidak sepatutnya berlaku, namun tetap mempertahankan dirinya dari terus ditohmah oleh netizen. 


Baca: (Video) 'Bodoh nak jawab soalan macam tu' - Sifu perniagaan koyak bila netizen tanya soalan bisnes apa yang dia berjaya 


Jelas Najib, video yang ditularkan itu telah disunting dan mendakwa individu bernama Farqhan melakukan provokasi terhadapnya. 


"Video itu dah diedit, dipotong-potong. Jika tonton dari awal, soalan itu nak provok saya dan dia dah rekod dari awal. 


"Silap saya juga jawab macam tu, sepatutnya saya tidak perlu layan. Cuba perhatikan ayat saya, saya cakap 'Bodohlah saya kalau saya jawab". 


"Bodoh tu ditujukan pada saya sendiri, bukan pada yang bertanya. Tidak pernah dalam hidup saya nak bodohkan orang lain. Maaf," jelasnya ringkas. 


Penjelasan Najib Asaddok mengenai dakwaan Farqhan


Sementara itu, rakannya, Shamsurizam Norsham berpendapat, Najib berhak untuk tidak menjawab dan Farqhan sepatutnya memperjelaskan lagi soalan yang diajukan agar persoalan itu tidak disalah tafsir. 


"Setiap orang kepakarannya berbeza, tak sama. Najib kepakaran dia, boleh mengonlinekan bisnes mereka menggunakan strategi, tools online dan sebagainya. 


"Najib sebelum dia mula mengajar dalam bidang pemasaran online pun, dia dah banyak buat bisnes retail, dropship di eBay dan sebagainya. Juga pengalaman student-student beliau dari pelbagai industri mematangkan beliau dalam mengetahui selok belok pemasaran online dalam satu-satu bisnes itu. 


"Apa pun, Najib berhak untuk tidak menjawab dan Farqhan pun perlu memperjelaskan lagi persoalan itu supaya tidak disalah tafsir," jelasnnya. 


Semalam tular di media sosial video luahan ketidakpuasan hati Farqhan yang mendakwa dirinya disembur oleh Najib dalam sesi live di TikTok hanya kerana bertanyakan soalan mudah mengenai apa perniagaan yang dilakukannya telah mencapai kejayaan. 


Sumber: Instagram Najib Asaddok, FB Shamsurizam Norsham

Pelajar Perempuan Tingkatan 3 antara 14 yang ditahan bersama 63 pil dadah



Polis menahan 14 individu termasuk seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Wakaf Che Yeh, awal pagi Khamis, 11 Ogos 2022. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan itu pada jam 1 pagi yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah menahan sembilan lelaki dan lima perempuan berusia 15 hingga 32 tahun. 


Turut ditemui, 10 biji pil psikotropik, sebiji pil Erimin 5 dan 48 biji pil ektasi yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM450. 


"Kesemua tangkapan berumur 15 hingga 32 tahun termasuk seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Tanah Merah.


Hasil soal siasat, salah seorang daripada tangkapan mengaku dadah jenis pil ekstasi adalah miliknya yang diperoleh daripada lelaki Thailand yang dikenalinya semasa berhibur di sebuah kelab di Golok, Thailand. Malah, urusan jual beli dadah juga di dalam sebuah kelab di Golok," katanya.


Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek menunjukkan, empat daripada mereka positif dadah dan kebanyakan mereka mempunyai rekod jenayah lampau. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: Harian Metro

(Video) 'Bodoh nak jawab soalan macam tu' - Sifu perniagaan koyak bila netizen tanya soalan bisnes apa yang dia berjaya



Semua orang mahu mencapai kejayaan dalam apa jua jenis perniagaan yang diceburi. Bagi mencapai kejayaan itu, sudah tentu masing-masing mempunyai 'idola' sendiri untuk mendapatkan ilmu atau tips agar tidak tersilap dalam membuat keputusan di kemudian hari. 


Itulah yang cuba dilakukan oleh Farqhan dalam usaha untuk mengembangkan ilmu perniagaan dengan bertanyakan soalan kepada 'Sifu Perniagaan', Najib Asaddok dalam live di TikTok. 


Menurut Farqhan, dia bertanya kepada Najib selain menganjurkan kursus belajar tentang perniagaan, apa lagi perniagaan lain yang dilakukan dan telah terbukti berjaya. Soalan itu pada pandangannya hanyalah soalan biasa yang mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada yang lain untuk lebih bersemangat. 


"Encik Najib, selain kursus ajar business, business apa yang Encik Najib dah buat dan terbukti berjaya?"


Malangnya, Najib dilihat tidak begitu gemar dengan soalan itu dan menganggap pertanyaan Farqhan itu cuba menjatuhkan dia dalam sesi live tersebut. Malah dia sempat sekolahkan Farqhan sebelum menghalaunya keluar dari sesi tersebut. 


"...soalan-soalan yang macam.. bodohlah saya nak jawab. Ada seorang individu ini bertanya, apa business yang berjaya? You (Farqhan) berjaya apa? Saya nak tanya, you tu berjaya apa? Apa yang you berjaya selain berjaya nak membongak (menipu) dalam (ruangan) komen tu? 


"You all berjaya apa? Ada buat kelas untuk usahawan? Ada ajar diorang? Ada bagi semangat? Kalau datang ke sini sekadar nak menjatuhkan semangat orang, keluar, tak payah nak duduk dalam ni. Kan? Bodoh nak jawab soalan macam tu. 


"Kalau saya tak berjaya, tak ada orang nak follow. Kalau memandang buat kelas, mengajar orang itu hina, anda menghina pekerjaan Rasulullah. Rasulullah menyampaikan ilmu, mendidik dengan sabar. Macam inilah Rasulullah punya cabar, ada orang akan menghina. 


"Saya faham anda punya air liur tiada sesiapa nak beli. Saya faham, jangan kecewa. Tak salah petik nama Nabi, takkan nak petik nama syaitan dengan iblis? Nampak tak kebodohan orang kita?" katanya. 


@farqhan.com #jombelajar #learnontiktok #businessguru ♬ original sound - farqhan.com


Bagi Farqhan dia hanya sekadar mahu mengetahui perniagaan Najib yang telah berjaya agar dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada orang lain. Dan tidak menyangka begitu reaksi sifu perniagaan yang diikutinya selama ini.


Sementara itu di ruangan komen, netizen berpendapat Farqhan hanya sekadar bertanya dan tiada keperluan untuk membalasnya dengan sindiran sedemikian. 







Sumber: TikTok Farqhan

Lelaki tempatan sorok 3 wanita Myanmar dalam but kereta untuk diseludup dari Kelantan ke Klang

Foto ihsan PDRM | Harian Metro



Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang didapati cuba menyeludup enam pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang, semalam. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek yang memandu kereta Nissan Teana itu ditahan pada jam 1 tengah hari di Persiaran Tun Teja, Alam Impian. 


Siasatan awal mendapati, lelaki itu membawa enam pati di mana tiga lelaki duduk di bahagian penumpang belakang dan tiga lagi wanita bersembunyi di dalam bonet. Kesemua pati terbabit berusia 18 hingga 36 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. 


Pemandu itu mengakui, dia menerima upah RM300 bagi setiap seorang Pati yang dibawanya dari individu yang dikenali sebagai Pok Sey. 


Pemeriksaan lanjut kemudian menemui peralatan menghisap dadah dan satu plastik yang mengandungi 50 biji pil berwarna merah dipercayai pil kuda. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007); Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Pemandu terbabit direman selama 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, manakala enam warga Myanmar selama 14 hari.


Sumber: Harian Metro

Tinggalkan 3 anak kecil di rumah tanpa jagaan, ibu hamil didakwa di mahkamah

Foto Meor Riduwan Meor Ahmad | Harian Metro


Seorang wanita hamil didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya sehingga mendatangkan risiko kecederaan tahun lalu. 


Bagaimanapun, tertuduh, Masanizah Roslan, 40, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin. 


Mengikut pertuduhan pertama, pembantu am sekolah itu didakwa cuai kerana meninggalkan tiga anaknya berusia 6, 8 dan 11 t ahun tanpa jagaan yang mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal dan emosi. 


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Gadong Perdana pada 25 Mei hingga 23 September 2021. 


Pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap tiga anak kandungnya di tempat yang sama pada 16 Jun hingga 18 Jun 2021. Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari, yang menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana pendapatan bulanannya kecil dan mengalami alahan. 


Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 September untuk serahan dokumen dan lantikan peguam bela. 


Kes ibu hamil ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan keberadaan suaminya ketika kejadian. 


"Kenapa ibu sahaja yang didakwa sedangkan dia meninggalkan anak-anaknya untuk bekerja. Suaminya di mana?" kata Nia Fridani. 


"Undang-undang apa ni siap bergari? Mana si suami, tak kena tindakan apa-apa ke? Atau halimunan seperti kapal LCS?" kata Eyla. 


"Mungkin puan ini ada masalah kewangan. Nak tinggalkan anak di rumah pengasuh, tak ada duit nak bayar. Terpaksa  tinggalkan anak-anak di rumah begitu sahaja sebab dia perlu bekerja. Wallahualam," kata Entelo.


Sumber: Harian Metro

Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo