(Video) 'Driver takde common sense + takde otak' - Pemandu Myvi sticker P park laluan OKU tanpa rasa bersalah



Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu lelaki meletakkan kenderaannya di laluan khas bagi orang kurang upaya (OKU), mengundang kemarahan netizen. 


Video yang dimuat naik oleh Intan Harith di TikTok sejak semalam, mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyelar pemandu terbabit bukan sahaja tidak bertanggugjawab, malah menyusahkan orang yang perlu menggunakan laluan itu terutamanya OKU yang menggunakan kerusi roda. 


"Betullah kata orang, organ paling mahal adalah otak sebab jarang guna. Viralkan saja," kata Intan pada kapsyen video tersebut. 


Menurut Intan, disebabkan itu dia terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk menurunkan bapanya yang menggunakan kerusi roda ke jalan raya. 


Dalam masa yang sama, pemandu terbabit muncul dan tanpa sebarang rasa bersalah mahupun meminta maaf, terus masuk ke dalam kereta beredar dari lokasi. 


"Saya dan hangin dan berpeluh tunggu nak turunkan abah ke jalan raya. Kena pusing jauh sikit guna jalan satu lagi untuk turunkan abah. 


"Masa dah tolak abah ke jalan raya, baru pemandu lelaki itu datang dengan rasa tak bersalah dan tak cakap minta maaf sebab susahkan kami kena pusing jalan," katanya. 


@intanharith

Bethol lah org Cakap ... Organ paling Mahal ialah OTAK .... sebab jarang Guna .. VIRAL KAN JE

♬ bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT


Di ruangan komen, netizen menyelar lelaki terbabit, apatah lagi dia masih lagi mempunyai pelekat P (pemandu baharu) tetapi sudah mula berani melakukan kesalahan tersebut. 


"Call PBT situ untuk towing, biar dia rasa. Kalau orangnya menunggu dalam kereta, boleh dimaafkan lagi. Tapi ini tinggal parking terus, ini punca kemarahan," kata Pev Rider. 


"Suami saya pakai kerusi roda pernah kena macam ni. Saya rakam video dan kemudian ada customer lain beritahu owner kereta. Cepat-cepat owner datang alihkan kereta tanpa minta maaf," kata Roslind. 





Sumber: TikTok Intan Harith

'Hobi mahal, tapi...' - Habis event permotoran, pengunjung buang sampah merata tanpa rasa bersalah



13 Ogos, program RXZ Members 4.0 diadakan di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak, yang telah berjaya mengumpul penyertaan seramai 40,000 peserta dan sekali gus mencatatkan rekod penyertaan terbesar setelah empat kali diadakan bermula tahun 2017. 


Lapor Bernama, program itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang turut bercadang membina sebuah litar khusus untuk perlumbaan drag di setiap negeri. Cadangan itu juga akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Oktober ini. 




Malangnya, selepas selesai program tersebut, Bernama melaporkan ramai pengunjung yang hadir tidak menjaga kebersihan dan dapat dilihat begitu banyak sampah sarap di lokasi program tersebut. 


Sampah sarap terdiri daripada bekas plastik, sisa makanan, sisa minuman yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah meskipun tong sampah telah disediakan. 







Tindakan pengunjung yang tidak bertanggungjawab itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan alam sekitar masih rendah dan lebih memalukan, golongan tidak bertanggungjawab ini terlalu malas membuang sampah sendiri sehingga sentiasa bergantung harap kepada pekerja pembersihan. 


Di media sosial, gambar-gambar yang dirakam lensa wartawan Bernama itu mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"Dalam Parlimen punya banyak sampah, inikan pula di tengah padang," kata Saha Mongkol. 


"Tak mahu cakap, nanti ramai geng-geng depa datang back up," kata Shah Boy Lai Lai. 


"Mentaliti segelintir rakyat Malaysia masih dalam kelas ketiga," kata Zarma Nurhaidan. 


Sumber: Sinar Harian, Bernama

(Video) 'Dah dapat view banyak kan bang? FYP kan?' - Najib Asaddok reda tapi pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap Farqhan



Kes 'sifu perniagaan' koyak apabila diajukan soalan oleh netizen, masih menjadi bualan di media sosial. Terbaru, Najib Asaddok tampil mendakwa Farqhan sengaja bertanyakan soalan provokasi itu bagi tujuan menjatuhkannya. 


Najib terdahulu memuat naik video menunjukkan beberapa usahawan yang telah mengecapi kejayaan dalam bidang masing-masing setelah menghadiri kelasnya. Bagaimanapun, ruangan komen bagi video telah ditutup.


Video itu dipercayai dimuat naik bagi menjawab soalan Farqhan yang sebelum ini bertanya mengenai perniagaan apa yang dilakukan oleh Najib yang telah terbukti berjaya.


"Dalam video itu kan saya cakap, 'bodohlah saya kalau saya jawab'. Bodoh tu untuk saya, saya tak suka nak cakap orang lain bodoh. 


"Silap saya juga terlayan provokasi itu. Dia komen dari awal lagi, soalan yang sama dan rekod siap-siap. Dah captured, rekod live tu. Dah dapat view banyak kan bang? FYP kan? Nak juta-juta view, lepas tu nak tarik followers kan? 


"Lepas ni tak tahulah mungkin ada beberapa episod. Entah-entah sampai 88 episod semata-mata nak menjatuhkan saya kan? Tapi tak apalah, saya reda," katanya. 


@najibasaddok #stitch with @farqhan.com Takper lah abang, rezeki awak dapat viral ye? 😊 #najibasaddok ♬ original sound - Najib Asaddok


Walaupun 'reda' dengan apa yang berlaku, Najib berkata dia telah menghubungi peguamnya untuk bertanya mengenai apa tindakan yang boleh dikenakan terhadap Farqhan. 


"Jap, jap, jap.. lawyer dah jawab soalan saya ni tadi. Nak catch up sekejap dengan lawyer,  ada apa-apa tindakan tak yang boleh saya ambil," katanya. 


Sementara itu, netizen sehingga kini masih tertanya-tanya soalan yang sama, apakah perniagaan yang dilakukan oleh Najib (selain menganjurkan kelas ilmu perniagaan) yang telah terbukti berjaya. 


Tidak kurang juga yang tampil mempertahankan Farqhan di mana tindakan lelaki berkenaan membuat rakaman video adalah untuk belajar dan dijadikan sebagai rujukan di kemudian hari. 







Sumber: TikTok Najib Asaddok

Kerajaan cadang bina litar di setiap negeri untuk bangunkan sukan permotoran

Foto The Star



Kerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober ini.


"Setakat ini sudah ada dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka," katanya ketika merasmikan Program RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip di Gong Badak di Kuala Nerus, hari ini.


Ismail Sabri berkata apabila litar itu siap, ia akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.


Dia juga menyeru golongan muda supaya menyertai MyFit@Motorsports 2022 iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi, melibatkan pembangunan sukan motosikal dan kereta yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan.


Ismail Sabri berkata di bawah program itu, peserta berpeluang mendapat pendidikan melalui latihan, kursus dan klinik, sekali gus dapat mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan di peringkat negeri dan nasional.


Katanya kerajaan akan sentiasa menyokong aktiviti kelab-kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan seperti dilanda banjir, bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat di jalanan.


"Pertubuhan berkaitan permotoran banyak melakukan aktiviti amal... Ketika banjir banyak kelab motor terlibat dengan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir.


"Mungkin boleh anjurkan (perhimpunan penunggang) setiap tahun dan kerajaan boleh beri penajaan… dapat ketengahkan minat anak-anak muda, dapat kurangkan tanggapan negatif terhadap penunggang yang dikaitkan dengan pelbagai nama seperti 'mat motor'," katanya.


Perdana menteri turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit dalam penganjuran program yang menerima lebih 30,000 kunjungan peminat sukan permotoran di seluruh negara itu.


Pada perhimpunan itu penganjur turut menawarkan hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Yamaha R1 1000cc bernilai RM135,000 serta dua buah Yamaha RXZ bernilai RM60,000.


Sumber: Bernama

'Pokok hutan akan tumbuh sendiri' - MB Kedah tolak gesaan NGO tanam 100 juta pokok di sekitar Gunung Inas untuk elak banjir



Jumaat lalu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail menggesa kerajaan negeri Kedah menanam semula 100 juta pokok di seluruh kawasan kompleks Hutan Simpan Gunung Inas, selepas persekitarannya mengalami kerosakan teruk akibat aktiviti penggondolan sebelum ini yang terdedah kepada risiko bencana banjir. 


Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penduduk kawasan sekitar Gunung Inas akan terus terdedah kepada ancaman banjir lumpur dan aliran puing terutamanya pada musim hujan. 


Malangnya, kerajaan negeri Kedah tidak menerima gesaan itu atas alasan yang tidak masuk akal di mana Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pokok hutan akan tumbuh secara semula jadi dengan mengambil contoh kawasan yang ditebang untuk pembalakan sebelum ini akan kembali menjadi hutan selepas 30 tahun. 


"InsyaAllah pokok hutan itu akan tumbuh sendiri. Semua hutan di Kedah ini tidak ada siapa bawa benih pi tanam. Semua Allah yang tumbuhkan, jadi nak pulih macam mana hutan?


"Pasal kalau kita baik pulih macam mana pun dia (kawasan rosak) sudah menjadi laluan air. Pada masa akan datang pun ia tetap akan menjadi laluan air. 


"Kalau tempat laluan air memang macam itulah (rosak). Di hutan lain pun, bukan di Gunung Inas saja, banyak lagi di Pahang, Terengganu dan negeri lain tapi media tumpu Gunung Inas mungkin kerana Gunung Inas popular," katanya. 


Dalam kejadian 4 Julai lalu, 12 kampung di sekitar daerah Baling terjejas disebabkan bencana banjir dan banjir puing yang turut meragut tiga nyawa termasuk wanita hamil empat bulan. 


Lebih 800 rumah penduduk terjejas, 15 kediaman lenyap dan 18 lagi rosak teruk akibat terkena kayu balak yang hanyut dibawa kepala air dari arah gunung. 


Sumber: Harian Metro

'Kami nak berehat je' - Dua pasangan kekasih ditahan berkhalwat di hotel Kuala Terengganu



Empat individu termasuk seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan dalam operasi serbuan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), semalam. 


Ketua Penolongg Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT), Md Adnan Abdullah berkata, seramai 13 pegawai penguat kuasa syariah JHEAT terlibat dalam operasi itu. 


Pelajar perempuan berusia 19 tahun terbabit telah ditahan bersama pasangannya berusia 19 tahun. 


"Pasangan kekasih itu memberi alasan hanya mahu berehat sebentar di bilik hotel berkenaan kerana lelaki tersebut terlalu penat setelah pulang bekerja. 


"Mereka juga mendakwa tidak ada melakukan apa-apa perbuatan tidak senonoh," katanya. 


Sementara itu, sepasang lagi kekasih berusia 26 dan 28 tahun berasal dari Kelantan turut ditahan. Pasangan itu memberi alasan hanya mahu berehat di hotel kerana penat memandu. 


Sumber: Kosmo Online

(Video) 'Emak nak balik tapi tak mampu jelmakan diri di dunia nyata' - Warga emas hilang selepas keluar cari sisa daun kelapa sawit



Seorang wanita warga emas dilaporkan dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang. 


Menurut anaknya, Sadiah Mohari, 42, berkata, ibunya, Painah Siwan, 79, yang mempunyai masalah sakit lutut keluar mencari sisa daun kelapa sawit untuk dibuat penyapu lidi tetapi tidak pulang ke rumah sejak 10 Ogos lalu. 


"Tak sangka boleh hilang, seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya untuk keluar dari kawasan kebun itu," katanya. 


Ketika keluar, ibunya dikatakan memakai baju berwarna hitam bergaris putih, seluar biru gelap dan hanya memakai anak tudung sahaja. Sadiah amat berharap ibunya dapat ditemui semula dalam apa jua keadaan. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan seramai 187 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi. 


Pihaknya juga dilaporkan ada menemui kesan-kesan leraian sisa daun kelapa sawit yang dicarik-carik di sekitar kawasan pencarian, tetapi tidak masih belum menemui Painah. 


Menurut Sadiah, ada pihak yang arif dalam agama turut datang membantu mencari ibunya yang dikatakan masih berada di kawasan itu tetapi tidak mampu menjelmakan diri di dunia nyata. Bagaimanapun keadaan ibunya masih selamat di alam ghaib. 


"Ada juga pihak yang arif dalam agama datang membantu mencari emak dan menyatakan emak masih berada dalam keadaan selamat di alam ghaib. 


"Emak sebenarnya masih ada di sekitar kawasan ini dan dia mahu balik, tetapi emak tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata," katanya. 


Turut tular di media sosial video seorang lelaki yang dikatakan anak kepada mangsa, ternampak ibunya dan cuba menariknya keluar dari alam ghaib itu. 


@itacomely Subhanallah.sebak sgt2😭😭😭 sesungguhnya alam ini milik semua. ada dunia yg kta x nmpk dgn mata kasar. semoga mlm ni dia pulangkan wak dgn segera.bertahan wak💪😭#oranghilang #kgparitkasehsenggarang #batupahat #fyp ♬ original sound - itacomely88


Menurut TikToker @itacomely, "Dah jumpa tapi anak dia tak dapat tarik maknya. Last-last terlepas dari genggaman. Anaknya yang seorang ni je yang nampak. Anaknya sekarang dihantar ke hospital sebab lemah dan pengsan tadi". 


Sumber: Harian Metro, Kosmo

'Suara boleh pergi jauh ni, jauh dari bumi' - Netizen kritik Sikok Bagi Duo nyanyian Ratu Farah



Penerbitan video muzik cover lagu Sikok Bagi Duo oleh Ratu Farah Diva yang digandingkan bersama Shah Rezza dan Aidilia Hilda, mengundang kecaman dan rasa meluat netizen. 


Lapor Harian Metro, majoriti pengguna media sosial tidak menyenangi video terbitan Rusa Music itu yang bukan sahaja dianggap sebagai SAMPAH, malah MEROSAKKAN dan MENJAHANAMKAN industri muzik tanah air. 


Namun di ketika orang ramai menyelar tindakan Rusa Music, tampil seorang individu, Shhir.Irfan, mempertahankan Rusa Music dengan penjelasannya. 


"Ini cuma cover dari Satu Hati Bagi Duo by Upiak. So diorang buat ni versi TikTokers Malaysia. 


"Diorang kasi Ratu cover lagu ni sebab Ratu lain dari yangg lain, 'hidden talent', keep it up but better auto tune kan lagi suara Ratu jadi suara 'singer' yang betul-betul singer," katanya. 


Sementara itu, pencipta kandungan Rusa Music, Mohd Amirul Mohd Ridzuan, 25, berkata, mereka mahu mempromosikan lagu itu di Malaysia versi TikTokers dan sekadar kandungan di YouTube. 


"Memang sekadar kandungan di YouTube, jadi memang kami letak muzik video rasmi dan disengajakan tidak letak parodi," katanya. 


Namun Mohd Amirul menafikan dakwaan merosakkan industri muzik dan beranggapan semua orang ada hak untuk menyanyi serta diberi peluang untuk berbuat demikian. 


"Jika dikata kami merosakkan industri muzik, bagi saya itu normal. Semua orang ada hak untuk menyanyi. Kami beri peluang untuk hiburkan orang kerana masing-masing dah dengar orang yang boleh menyanyi dan ada suara. 


"Ini sekadar hiburan dan orang dengar pun untuk suka-suka gelak ketawa. Benda ini boleh menghiburkan dengan kandungan sebegini rupa," katanya. 


Jelasnya, Ratu Farah dipilih kerana wanita itu sedang tular di media sosial walaupun mereka tahu dia tidak boleh menyanyi dan perkara itu boleh diperbetulkan menggunakan teknologi. 


"Saya dah siap sedia dari awal tahu muzik video ini akan kena kecam. Kalau buat yang biasa, orangg takkan tengok pula," katanya. 


Sumber: Harian Metro

Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo