Guru disyaki rogol 2 pelajar hilang sejak 19 Julai, dibekukan gaji



Guru lelaki yang disyaki merogol dua pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sebauh, Bintulu, Sarawak, telah dibekukan gaji, lapor Harian Metro.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan membekukan gaji guru berusia 33 tahun berasal dari Tumpat, Kelantan itu selepas polis mengeluarkan kenyataan dan foto fit suspek yang telah menghilangkan diri sejak 19 Julai lalu. 


Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Fatimah Abdullah berkata, kes itu telah dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 


"Polis masih memburu suspek yang menghilangkan diri sejak kes itu terbongkar bulan lalu dan saya berharap pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengesan suspek. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. 


Dalam masa sama, pihaknya telah menjalankan tindakan susulan dengan memberi sistem sokongan terhadap dua mangsa terbabit, termasuk bantuan perubatan dan khidmat psikologi bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, tampil menyalurkan maklumat.

Crackhouse Comedy Club ditutup, pemiliknya disenarai hitam dari daftar lesen perniagaan seumur hidup



Jawatankuasa Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan pemilik Crackhouse Comedy Club telah disenarai hitam seumur hidup dari mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana premis di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Jalaluddin Alias berkata, DBKL membuat keputusan itu selepas bermesyuarat pada 29 Julai lalu dan sekali gus membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut yang berkuat kuasa 30 Julai lalu. 


"Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.


"Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan," katanya.


Dalam pada itu, pihaknya juga sedang memantau beberapa kelab seumpama itu di sekitar Kuala Lumpur. 


"Sebarang lesen hiburan yang kita kemuka dan keluarkan kepada setiap premis mesti mengikut peraturan ditetapkan.


"Bagi pihak yang melanggar syarat pelesenan, maka mereka tidak akan terlepas daripada tindakan tegas.


"Pada masa sama, tindakan, pemantauan serta pemeriksaan akan dilakukan secara berkala oleh DBKL kerana kita tidak mahu ada yang terlepas daripada tindakan kami," katanya.


Terdahulu, Crackhouse Comedy Club dikecam netizen susulan kes Siti Nuramira, menghina agama Islam secara terbuka. Malah, pengasas bersama, Rizal Van Geyzel juga didapati mempersendakan bangsa Melayu sehingga mengundang kemarahan masyarakat yang menuntut kelab komediri itu ditutup.

'Konon merajuk, nak jual akaun Instagram, tup-tup muncul balik & nak lancar MV hari ni' - Netizen dakwa Aliff terdesak mahukan perhatian



Semalam, ahli perniagaan yang suka meraih publisiti murahan, Aliff Syukri, mahu menjual akaun Instagramnya yang mempunyai 4.3 juta pengikut dengan harga RM500,000.


Aliff dikatakan merajuk dan mahu mengundurkan diri dari media sosial kerana merajuk setelah ditegur oleh ibunya dan netizen gara-gara memuat naik video teaser lagu buruknya 'Baby Sayang' yang menampilkan aksi-aksi tidak senonoh sekali gus sehingga membuatkan ramai yang meluat. 




Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tidak dapat menahan dirinya daripada berdiam diri dan semalam dia memuat naik video dirinya menari dengan batang mop dipercayai sebagai sindiran ditujukan kepada pihak/individu yang memberi teguran terhadapnya. 


Video itu turut disertakan dengan kapsyen, "Ok kalau macam ni, ok tak awak? Nantikan besok 12 tengah full mv yaa." katanya yang turut nekad melancarkan muzik video Baby Sayang. 



Kemunculan semula Aliff di Instagram mengundang rasa meluat netizen yang majoriti mengakui bosan dengan sikap lelaki itu gemar mencipta kontroversi sehingga sanggup mengadai maruah dan memalukan keluarganya demi mendapatkan perhatian. 


Selain netizen, ibunya, Rozita Ibrahim, turut meluahkan rasa kesal dengan sikap Aliff yang dikatakan lebih mementingkan pihak pengurusan lagu berbanding tegurannya tempoh hari. 


"Allah, kebulur sangat dengan lagu, Kri? Tak habis lagi! Tak aman hidup mak, Kri. Kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah? Kau lebih pentingkan management recording dari mak sound. Setakat saman RM50,000, itu pilihan kau ya?


"Kau ni memang tak makan saman, kan? Mak ngeri nak baca dengan fitnah, yang kau pula selama, tak serik-serik. Kalau mak nampak ada artis perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak. Manusia kebal betul kan, kan! Kami semua terpalit," luahnya. 




Begitulah manusia pada zaman ini yang hanya pandai berjanji untuk berubah, tetapi hanyalah sekadar gimik untuk mendapatkan perhatian bagi menjana pendapatan di media sosial, biarpun terpaksa memperdayakan pengikutnya tanpa mengira soal halal haram hasil keuntungan yang diterima. 


Benarlah kata orang, di mata kasar orang seperti ini kelihatan hidup dengan aman dek harta tak habis entah berapa keturunan. Tapi dalam diam, Tuhan menarik nikmatnya iaitu nikmat takut pada dosa dan terus terlanjur melakukan perbuatan yang haram.

(Video) 'Aku muntah hitam 3 kali non-stop!' - Wanita alami keracunan makanan selepas makan oyster viral RM6 di PJ



Tiram atau oyster kini dilihat menjadi makanan pilihan ramai. Tidak dapat dipastikan sama ada mengikut trending atau selera masing-masing. 


Di laman TikTok, tiram menjadi tumpuan penggemar makanan laut, apatah lagi bila ada TikTokers membuat review di kedai-kedai tersebut. 


Review dari seorang influencer di TikTok mengenai sebuah kedai makanan laut di Petaling Jaya ini sememangnya menjadi tarikan orang ramai dan kedai berkenaan mula menerima ramai pelanggan. selepas video review itu tular.


Bukan hanya kerana saiz tiram yang besar, malahan harga yang dikenakan juga dianggap tidak masuk akal (murah) membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang di kedai tersebut.


@notmytypeatall Just my opinion, tak semua benda viral tu sedap and please look at the oysters colour. I went there last night and at 2AM aku MUNTAH HITAM 3 KALI NON STOP! Oyster dia buat aku mual bila teringat. Tak fresh 😷and hygiene kedai 👎🏻 Oyster RM6 sekeping tapi thank you next! #oystermurahpj #medanselera223 #viralfood #oystermurah #sorry #pov #fyp ♬ Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop


Namun yang indah hanya sementara. Di sebalik kisah tiram viral ini, seorang pengguna TikTok, @notmytypeatail mendakwa dia mengalami keracunan makanan selepas makan tiram di kedai itu.


“Video ni bukan untuk menutup periuk nasi seseorang atau sesebuah kedai. Ini bukan good review, ini melibatkan nyawa. RM6 sangat tidak berbaloi dengan harga sakit yang ditanggung.


“I muntah hitam likat yang ada lumpur 3 kali. I tak sangka disebabkan oyster ni menyebabkan I food poisoning.


“I share supaya tak ada orang yang kena. For those yang buat review makanan, sila beritahu dengan jujur dan owner kedai tu, ok dah harga RM6 tapi kualiti dan kebersihan kedai kenalah jaga,” katanya.


@notmytypeatall Benda dah hype, kita nak cuba lah. Sekali mendapat😩 I cuma nak share apa yang terjadi dekat i, so orang lain tak terkena. Day 3 i masih SAKIT PERUT & LIDAH HILANG DERIA RASA. RM6 dengan sakit yang kita dapat NOT WORTH IT. Hidup kena jujur🙏🏼 Just sharing❤️ #oystermurah #medanselera223pj #medanselera223 #foodreview #fyp ♬ original sound - notmytypeatall


Difahamkan, dia juga telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil tindakan lanjut. 






Susulan dari pendedahan #notmytypeatail, tampil beberapa individu yang turut mendakwa mereka mengalami keracunan makanan selepas berkunjung ke kedai yang sama. 




Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi mengenai hal berkenaan daripada TikTokers berkenaan mahupun pemilik kedai tersebut.


Sumber: TikTok notmytypeatall

'Tak suka jangan tengok, susah nak terangkan kepada netizen mindset ahli syurga ni' - Addy Kana bekap Ifa Raziah bergelek di majlis akikah anaknya



Tak senang duduk melihat penyanyi dangdut, Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, dikecam netizen kerana bergelek di majlis akikah baru-baru ini, tuan empunya majlis, Addy Kana, tampil mempertahankannya dan menyelar netizen yang tidak memahami kerjaya Saripah. 


Baca: (Video) 'Kau bayarlah RM20,000, aku geleklah' - kata Saripah, tapi ditegur Ustaz Ahmad Dusuki


"Terima kasih kak Ifa Raziah kerana memeriahkan majlis saya. Mereka (netizen) tak akan faham atur cara majlis," kata Addy Kana yang pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram (Macau Scam). 


Dalam kenyataan yang dikongsikan di Instagram Saripah, Addy berkata, majlis akikah yang diadakan untuk anaknya, Aeyden Matteen, sudah tentu mengikuti tatatertib agama Islam dan meminta netizen tidak memahami situasi sebenar tanpa membuat spekulasi sendiri. 


"Yang pasti, semasa majlis akikah, semua dalam keadaan tertib dan hormat. Persembahan Kak Ifa di sesi yang lain. 


"Susah nak terangkan kepada netizen yang mind set ahli syurga ni. Bagus nak tegur orang tetapi bila orang terangkan situasi sebenar, mereka tukar point of view yang lain dan salahkan kita kononnya kita semua tak betul," ujarnya. 


Bagi Addy, adalah hak masing-masing untuk menentukan atur cara majlis yang dianjurkan. Dalam masa yang sama, Addy menyelar netizen yang membuat 'teguran' itu sebagai 'acah suci dan hanya mahu menarik perhatian. 


"Hak masing-masing dan majlis atur cara kita yang aturkan. Semua (netizen) nak tunjuk suci, sebenarnya taklah suci sangat nak tarik perhatian je. Kalau kita cakap macam ni, diorang pula tak boleh terima dan kata kita tak boleh ditegur.


"Hidup ini simple je, tak suka jangan tengok. Macam saya tak suka, saya tak komen pun, saya tengok je. Ini tak, gigih nak komen tapi bagus untuk marketing, mereka dah membantu," jelasnya. 


Addy Kana backup Ifa Raziah yang bergelek di majlis akikah anaknya



Terdahulu, Saripah menyelar netizen yang mengecamnya bergelek di majlis akikah yang dikatakan tidak wajar dan hormat pada majlis. Saripah menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk bergelek kerana sudah dibayar untuk berbuat demikian. Malah, gelakan itulah yang memberinya 'makan' selama ini. 

Anak batuk sejak 5 tahun lalu, rupa-rupanya tertelan bunga mainan & sangkut dalam kerongkong



Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan mainan plastik yang tersangkut di kerongkongnya selama lima tahun, lapor Daily Mail


Marley Enjakovic, 8, dari Adelaide, dikatakan tertelan bunga kecil itu beberapa tahun lalu yang menyebabkan dia kerap batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas. 


Selepas didiagnosis beberapa kali dan simptomnya semakin menjadi-jadi, doktor akhirnya berjaya mengesan mainan tersebut tersangkut di saluran pernafasannya. 


Pada Disember lalu, Marley mengalami batuk yang sangat teruk dan sukar bernafas, lalu dikejarkan ke hospital. Marley dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana pakar bedah menemui bendasing tersebut dan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkannya. 


Menurut ibu bapanya, Marley hanya mampu bercakap beberapa patah perkataan sahaja, sebelum bendasing itu dikeluarkan dari kerongkongnya, sekali gus memulihkan saluran pernafasan dia. 


Apabila ditanya bagaimana rasanya ada mainan plastik tersangkut di kerongkongnya, Marley menjadi 'Tiada'. 


Ibu Marley, Skye berkata, anak lelakinya mula mengalami batuk ketika makan dan keadaan menjadi semakin teruk selepas beberapa jam kemudian. Keadaan itu membuatkan Marley tidak dapat bermain bola keranjang dan bole sepak kerana pernafasannya tidak stabil. 


Skye diberitahu anaknya mengalami asma tetapi dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi batuk itu datang ketika Marley sedang makan dan minum. 


Setelah diberitahu mengenai penemuan bunga plastik itu, Skye terkejut dan dalam masa sama turut lega. 


"Jujurnya saya terkejut dan lega. Selepas tiga tahun menhadapi masalah itu, akhirnya kami mendapat jawatannya. Kebimbangan utama saya pada ketika itu, menyangka dia dilahirkan dengan keadaan seperti itu. Sebab kalau dia dilahirkan sedemikian, dia akan menghadapi masalah-masalah lain ," katanya. 


Skye turut menasihatkan ibu bapa tidak menunggu terlalu lama untuk mengambil tindakan awal sekiranya mendapati anak menghadapi masalah seperti itu.

Penjawat awam digesa pertahankan Kerajaan Ismail dari fitnah pentadbirannya gagal

Foto Malaysia Now



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitnah kononnya pentadbirannya gagal.


Pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Ismail Sabri berkata, penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan mereka bukannya mempertahankan parti politik.


Pada pertemuan itu, Ismail Sabri berkongsi kejayaan dikecapi kerajaan antaranya pencapaian cemerlang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini, selain mewujudkan pekerjaan mencecah 400,000 serta prestasi nilai dagangan melepasi RM2 trilion.


"Apabila tuan puan mempertahankan, tuan puan tidak berpolitik. Jangan lihat saya sebagai pemimpin politik tetapi sebagai ketua kerajaan dan tuan puanlah anggota kerajaan.


"Kerajaan ini adalah kerajaan bersama. Sebab itu saya perkenalkan konsep Keluarga Malaysia sebab saya nak kita bersama anggap kerajaan ini sebagai satu keluarga," katanya.


Perjumpaan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Bernama

(Video) 'Saya mengakui ibu saya mencuri 3 coklat Cadbury, 2 botol syampu Rejoice' - Anak tampil mohon maaf bagi pihak ibunya



Susulan kejadian pencuri menuntut permohonan maaf dari pekerja kedai serbaneka yang menularkan video dirinya mencuri coklat Cadbury dan mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerja terbabit, Frank Hutapea, anak kepada peguam terkenal di Indonesia, Hotman Paris, telah tampil membuat laporan polis bagi pihak Alfamart. 


Enggan memanjangkan kes, wanita yang didakwa mencuri, Mariana, tampil membuat permohonan maaf dan mengaku telah mencuri tiga coklat Cadbury dan dua botol syampu Rejoice. 


Baca: Pencuri bawa lawyer tuntut pekerja kedai mohon maaf kerana viralkan video dirinya mencuri


Dalam video permohonan maaf itu, anak perempuan kepada Mariana membaca pengakuan dan permohonan maaf tersebut bagi pihak ibunya. 


"Saya bagi pihak ibu saya, memohon maaf secara khusus kepada Amelia (pekerja Alfamart), pengurusan Alfamart Tangerang secara menyeluruh. 


"Saya dengan ini mengakui bahawa ibu saya telah melakukan pencurian tiga buah coklat dan dua botol syampu, termasuk mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap Amelia. 


"Saya mohon maaf sangat-sangat kepada saudari Amelia dan keluarganya," katanya. 



Tidak dapat dipastikan sama ada Mariana akan dikenakan tindakan undang-undang atau dibebaskan begitu sahaja. 


Di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana Mariana yang sepatutnya membuat permohonan maaf, bukan anak perempuannya. 

Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo