'Saya toleh belakang nak melambai peminat, bukan tayang punggung' - Janna Nick



Sejak beberapa hari lalu, pelakon dan juga penyanyi, Janna Nick, dikritik netizen ekoran video yang menampakkan bentuk punggungnya, tular di media sosial. 


Difahamkan, Janna ketika itu hadir di GSC IOI City Mall Putrajaya sempena tayang filem Juang di mana beliau melakonkan watak jururawat. Dan pada masa itu, ada seorang peminat wanita bersama dengan anaknya, bertindak menyapa dan mengambil video Janna dari belakang sebelum dimuat naik ke media sosial. 


Video itu mengundang banyak perhatian netizen khususnya golongan lelaki yang kemudian meninggalkan komen-komen tidak senonoh. 


@asmida88 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #jannanick #juang #ioicitymall ♬ Tiba-tiba (Speed Up) - Quinn Salman


Menyedari dirinya dikecam, Janna tampil menjelaskan hal sebenar dan sekali gus menafikan dakwaan liar yang mengatakan dia sengaja menunjukkan bentuk punggungnya. 


"Video yang viral itu, video dari peminat yang hadir ke acara tersebut. Peminat itu seorang perempuan dan dia bawa anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya. Bukan tayang bontot. 


"Dah dari belakang, memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pula. Kamu gatal, gatal, gatal. Habis tu nak kena buat apa ni? Kasihan jadi perempuan, semua benda nak dijadikan sebagai seggs symbol. Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu.


"Okaylah, nak cari doktor, nak pergi kikis sikit," katanya. 



Dalam pada itu juga, Janna meluahkan rasa kesal dengan tindakan blogger Malaysia Merdeka yang dikatakan telah menggunakan tajuk artikel bernada seksual dan secara tidak langsung telah membuka ruang kepada netizen untuk mengecamnya. 


"Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ye pun headline kejar clickbait, pastikanlah sumber itu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca. 


"Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk saja," katanya. 


Di Instastory, Janna turut memuat naik komen peminatnya yang membidas blogger terbabit. 


"Nama je Malaysia Merdeka, tetapi buat headline mengundang kontroversi. Otak korang yang tak merdeka, buat headline macam hampeh. 


"Aku saksi masa ni sebab aku tengok sendiri macam mana Janna melayan peminat-peminat yang nak bergambar. Janna akan terus senyum dari jauh untuk bagi gambar-gambar yang cantik. Bila korang negatif, semua benda pun nak negatif," kata Rozie Fayrose. 


Sumber: Instagram Janna Nick

(Audio) 'Hangpa tak layak digelar mak ayah!' - Remaja dakwa dipukul bapa tiri hingga cedera & ibunya tak tolong



Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa dia telah dipukul oleh bapa tirinya sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian muka. 

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 6.33 petang Ahad lalu, 18 September 2022, mangsa terdahulu berjumpa dengan ibu kandungnya pada Sabtu jam 11 malam di Parit Buntar, Perak. 


Bagaimanapun, berlaku pertengkaran di antara mereka yang menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya. 


Tambah mangsa lagi, lelaki itu sekali lagi menendangnya di hadapan pintu rumah. Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa oleh rakannya pulang ke rumah bapanya. 


"Akibat dari kejadian itu, saya mengalami bengkak di bahagian pipi kiri, kepala, belakang badan serta kaki kanan dan kiri berasa sakit," kata mangsa.


Mangsa pada keesokkan harinya pergi ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan, termasuk pengelihatan matanya terjejas akibat dari kejadian itu.


Gambar-gambar dan audio mangsa menjerit ketika dipukul bapa tirinya kini tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap bapa tiri mangsa.


'Pintu kabinet dapur pecah diterajang, bong hisap syabu, spenda reput, kondom ditemui' - Pemilik rumah akui serik nak sewa rumah kepada pelajar universiti



Sebelum ini, ada seorang pelajar Universiti Awam (UA) meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap pihak universiti yang mengkehendaki semua pelajar hadir 100 peratus pada semester depan. 


Pelajar terbabit memberi alasan bahawa pelajar dari golongan berpendapat rendah sukar mencari bilik/rumah sewa kerana kosnya yang terlalu tinggi dan di luar kemampuan mereka. 


"Saya susah mencari rumah sewa sebab mahal, deposit tinggi, jauh (tiada kenderaan sendiri). Parent pun terpaksa pinjam Ah Long untuk tanggung pembelajaran saya. 


"Kenapa kami pelajar dilayan sebegini? Apa salah kami? Isu ini membuatkan saya butu dan ada rasa nak bun*h diri. UA nak suruh pelajar pacak khemah depan kampus ke? Nak suruh pelajar jalan kaki ke kampus?" katanya. 


Baca: 'Kenapa kami dilayan sebegini? Nak suruh pelajar pacak khemah depan kampus ke?' - Pelajar tertekan, dakwa pihak Universiti Awam enggan bantu isu tempat tinggal


Bercakap mengenai rumah sewa, tampil seorang wanita, Zeeda Aziz, berkongsi pengalaman menyewa rumahnya kepada pelajar dengan harga sewaan yang dianggapnya berpatutan serta tidak membebankan pelajar. 


Malangnya, dia tidak menyangka rumahnya ditinggalkan dalam keadaan rosak dan dia mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit. 


"Saya pernah membuka peluang kepada pelajar menyewa apartment saya di Bangi. Ketika itu saya masih naif dan bersangka baik. Deposit rendah, harga sewa murah, apartment pun fully furnished. Saya siap belikan tilam untuk penghuni. 


"Tamat saya semester, rumah dipulangkan dalam keadaan yang tak terluah dengan kata-kata. Terduduk saya tengok rumah hancur. Seminggu saya dengan suami menyewa di hotel untuk ulang-alik membersihkan lantai yang berdaki, bilik air berlumut kuning hijau. Mangkuk tandas nak saya cerita tak warnanya?


"Pintu kabinet dapur pecah diterajang penghuni, 'Bong' untuk hisap syabu dijumpai, kotak rokok, kondom, spenda reput... semua berterabur di atas lantai ruang tamu. Yang menyewa ini anak-anak bangsa saya sendiri yang saya anggap sebagai anak. Tetapi kenapa hauk sangat perangai?" katanya. 


Bukan itu sahaja, penyewa terbabit telah melarikan diri tanpa melunaskan bil elektrik sebanyak RM1,500. Dan wang deposit RM500 tidak dapat menanggung kesemua kerosakan dan kerugian tersebut. 


Bagaimanapun, hal itu tidak mematahkan semangat Zeeda untuk mencuba sekali lagi. Untuk sewaan kali kedua, Zeeda menggunakan khidmat peguam (RM500) dan 'agreement tenancy' ditandatangan penyewa di hadapan peguamnya. Zeeda juga tegas mengingatkan penyewa baru agar menjaga rumah itu sebaik mungkin jika mahu deposit dikembalikan. 


"Saya pesan pada penyewa supaya patuhi peraturan pada perjanjian sewaan. Ya, saya ambil deposit tinggi tetapi akan dipulangkan jika rumah ditinggalkan dalam keadaan yang baik. 


"Tiga bulan sebelum mereka tamat tempoh sewaan, saya WhatsApp banyak kali beritahu supaya bersihkan rumah sebelum keluar. Budak-budak ini menjawab 'Ya puan, ya puan'. Pada hari kunci dipulangkan, Allahu, ranap lagi. 


"Dalam keadaan demam saya dan suami mengemas rumah yang tunggang terbalik. Sampah tak dibuang, sinki berkerak, bilik air kotor," katanya. 


Menurut Zeeda, bekas penyewa itu kemudian menuntut dia memulangkan wang deposit itu dengan alasan mereka dari keluarga susah dan memerlukan duit. Tetapi Zeeda enggan melayani mereka kerana masih berpegang pada perjanjian yang telah dibuat. 


"Saya kata perjanjian sewaan itu dibuat dengan kehadiran peguam. Malang sekali budak-budak ini yang melanggar peraturan dalam perjanjian itu. Jadi, saya tak pulangkan wang deposit sebab saya perlu membaikpulih kerosakan yang dianggarkan beribu ringgit," katanya. 


Dalam pada itu, Zeeda tidak menafikan ramai pemilik rumah yang takut menyewakan kediaman mereka kepada para pelajar termasuk dirinya kerana bimbang rumah rosak.


"Nak kesian pada pelajar yang baru nak mula hidup ini? Masalahnya saya dah terkena dengan golongan inilah. Nanti ada orang marah saya pukul rata, tetapi saya hanya menceritakan pengalaman saya dan tidak suka mengambil risiko banyak kali. 


"Juga, menyewa rumah kepada pelajar bukannya boleh kaya pun. Bayar pinjaman rumah sebulan RM900, sewa RM1,600 (fully furnished). Mana untungnya? 


"Apa pun, rumah saya sekarang ini disewakan kepada ahli keluarga sendiri yang boleh dipercayai. Bila pindah, tak bawa barang banyak. Tak perlu minta deposit. Alhamdulillah dah tiga tahun mereka menghuni, rumah kemas dan bersih. Tenang je hati. 


"Kepada pelajar-pelajar yang masih mencari-cari rumah sewa, saya hanya boleh kata good luck. Salahkan senior-senior hangpa yang meninggalkan trauma kepada pemilik-pemilik rumah," katanya. 



Sumber: Zeeda Aziz

'Hentikan provokasi negatif terhadap Pulau Langkawi' - Menteri Besar Kedah



Beberapa hari lalu, dua pakar ekonomi berpandangan trend rakyat Malaysia melancong ke Thailand atau luar negara telah menjejaskan ekonomi berikutan pengaliran mata wang ke luar negara. 


Tetapi, orang ramai membidas pandangan itu yang dianggap seperti menyalahkan rakyat. Malah mereka juga mempunyai sebab tidak melancong dalam negara, contoh di Pulau Langkawi, kerana kebanyakan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. 


Tindakan tidak bertanggungjawab itu mengundang rasa 'takut' pelancong tempatan untuk berkunjung ke pusat pelancongan sedemikian yang mampu membuatkan mereka papa kedana selepas pulang bercuti. 


"Siapa suruh caj mahal-mahal kat Langkawi tu? Sewa kereta mahal, hotel mahal, kedai makan mahal, senang cerita semuanya mahal. Kata kawasan bebas cukai, coklat lagi murah kalau beli di Mydin. Baik masuk Thailand je, RM10 macam-macam boleh dapat di sana. 


"Hotel, makan, pengangkutan semuanya jauh lebih murah di Thailand berbanding tempat pelancongan kita," kata netizen. 


Baca: 'Siapa suruh caj mahal-mahal kat Langkawi?!' - Netizen bidas laporan 2 pakar kata trend bercuti di Thailand jejas ekonomi Malaysia


Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta mana-mana pihak berhenti melakukan provokasi negatif  terhadap Pulau Langkawi dengan mengatakan harta hotel dan makanannya mahal kerana ada sesetengah pihak mencetuskan kempen negatif ke atas pulau lagenda itu semata-mata untuk menggalakkan orang ramai melancong ke Thailand. 


"Kita tidak boleh menghalang orang nak pergi ke Thailand. Pada masa yang sama, kita juga meningkatkan lagi tarikan di tempat kita, di Langkawi, di tanah besar. 


"Langkawi pun mencatatkan kemasukan pelancong yang menggalakkan mengikut Langkawi Development Authority (LADA). Saya tidak ingat angkanya tetapi laporan sehingga Disember 2022, kita akan capai sasaran pelancong ke Langkawi tahun ini. 


"Bukan bermakna apabila ramai orang pergi ke Thailand akan menyebabkan kita terjejas, tidak juga," jelasnya. 


Sanusi berkata demikian sebagai menggulas beberapa hantaran di media sosial yang menggalakan orang ramai melancong ke negara jiran berbanding Langkawi selepas mendakwa harga barangan dan makanan di pulau lagenda itu jauh lebih mahal berbanding negara jiran. 


Beliau melihat, situasi itu bersifat sementara sahaja kerana kerajaan negeri akan berkerjasama dengan agensi-agensi pelancongan untuk mempergiatkan lagi promosi pelancongan di tanah besar dan pulau tersebut. 


Sumber: Astro Awani

'Lepas 5 tahun kes, baru temui penyelesaian' - Aishah lega, tuntutan hadiah tanah lot banglo selesai



Usaha menuntut hadiah sebidang tanah lot banglo selama lima tahun dari penaja program Gegar Vaganza (GV) musim keempat akhirnya membuahkan hasil apabila penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, bersetuju dengan 'proposal settlement' yang ditawarkan oleh pihak penaja berkenaan. 


Menurut Aishah, dia bukannya tamak tetapi hanya tampil menuntut hadiah yang dijanjikan kepadanya ketika memenangi program realiti itu pada 2017. 


"Alhamdulillah, selepas lima tahun kes ini berlangsung, baru temui penyelesaian. Sebenarnya kalau ikutkan hati, saya tidak mahu kes ini dibawa sehingga ke mahkamah. Tetapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit, mereka meminta diberikan masa. 


"Saya tunggu dan beri masa lebih kurang enam bulan. Malangnya tiada sebarang jawapan dari pihak berkenaan dan terpaksa meneruskan kes ini di mahkamah. 


"Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja menunaikan apa yang dijanjikan. Salah satu yang kita ralat adalah defendan ketiga adalah seorang yang muflis daripada tahun 2018. 



"Ini bukan cerita mengenai tamak atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Malangnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai," katanya. 


Dalam video penjelasan peguam yang mewakili Aishah, Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah. 


"Terdapat proposal settlement daripada pihak penaja dan Aishah sendiri sudah bersetuju. Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Oh! Bulan

Warga emas pangku cucu maut dalam kemalangan, polis sahkan mekanik pandu laju & tiada lesen



Kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani kelmarin, mengorbankan seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun, manakala cucunya cedera di bahagian dahi.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 


Difahamkan, mangsa pada ketika itu duduk di kerusi penumpang belakang sambil memangku cucunya berusia setahun dan isterinya duduk di kerusi penumpang hadapan.


Siasatan awal mendapati, mangsa bersama dengan cucu, isteri menaiki kereta Proton Saga yang dipandu anak perempuan mereka dalam perjalanan menghala ke Sungai Petani dari Sidam Kiri. 


Tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota Corolla yang dipandu dengan laju oleh mekanik berusia 18 tahun dikatakan hilang kawalan lalu merempuh bahagian kanan sebuah lori.


Rempuhan itu menyebabkan Toyota Corolla masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki empat sekeluarga berkenaan dan penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak, lalu terjatuh. 


"Akibat daripada pelanggaran itu menyebabkan penumpang lelaki yang berada di tempat duduk belakang Proton Saga meninggal dunia, tiga yang lain termasuk bayi hanya mengalami kecederaan. 


"Pemandu Toyota Corolla didapati cedera di pinggang serta lutut kanan, manakala penunggang motosikal cedera kaki kanan dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. 


Pemeriksaan lanjut mendapati, mekanik terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan punca kemalangan berlaku disebabkan remaja terbabit memandu laju dan kenderaannya hilang kawalan. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro

‘AirAsia dah melampau! Kau tukar duit aku jadi voucher & bila nak guna ada terms & condition pulak!’ - Pengadu



Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggesa pihak industri penerbangan mengambil berat terhadap aduan yang dibuat oleh penumpang. 


Pengerusi Eksekutifnya, Saripuddin Kasim berkata, pihaknya menerima 1,251 aduan pada suku kedua 2022, peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 157 laporan untuk tempoh yang sama pada 2021. Namun ketika itu, Malaysia masih menutup sempadan antarabangsanya. 


99.1 peratus aduan berkaitan dengan syarikat penerbangan dan bakinya membabitkan lapangan terbang. 


"Dari Januari hingga Jun 2002, AirAsia menerima duan paling tinggi iaitu 42.1 peratus dari keseluruhan aduan, diikuti dengan MAS 40.7 peratus dan Batik Air 7.95 peratus. 


"(Aduan membabitkan) penjadualan semula, pembatalan penerbangan dan tempahan tiket dalam talian menyumbang kepada 46.1 peratus dari keseluruhan aduan," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today pada Isnin, 19 September 2022. 


Baru-baru ini juga, seorang pengguna Twitter, Fara Tarmizi, meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan AirAsia yang didakwa memulangkan wangnya dalam bentuk baucar berbanding tunai selepas pengadu membatalkan penerbangannya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu. 


"Kali ini AirAsia memang dah melampau. Aku memang tak boleh sabar lagi dengan diorang. Kau orang (AirAsia) ni memang nak mengena customer ke s**l! Duit aku yang kau turn jadi voucher tu bila nak guna, ada  terms and condition pulak! Woi itu duit aku tau! Tolong viralkan, melampau sangat!







"Semuanya bermula apabila saya nak guna voucher yang diorang bagi sebagai ganti flight cancel masa pandemik. Bila minta refund, tak bagi. Suruh ambil credit account. Lepas dah jadi credit account, tiba-tiba tukar jadi baucar dan akhirnya dapat emel ini. Dalam emel ada sertakan ayat ini: 





"So bila macam rasa save nak  travel, so saya decide nak purchase tiket fly travel. Dah purchased seronoklah dengan kawan tapi bila key in baucar hanya boleh guna RM3,558 instead amount duit refund yang sebenar. Baki dalam baucar tu ada RM170.92, nak guna buat apa lagi," katanya. 




Menurut Fara, dia sudah kerap mengadu mengenai perkara itu dengan pihak AirAsia, namun tiada jalan penyelesaian yang diberikan. Apatah lagi, cubaan untuk menghubungi ejen syarikat penerbangan tambang murah itu amat sukar. 


"Tuhan je tahu betapa marahnya saya. Duit kita cari, tak dapat balik. Nak guna, kena ikut terms (AirAsia) pula. 


"Bila reply, diorang kata kalau ikut terms and condition complimentary voucher hanya cover based fare. Masalahnya voucher itu bukan complimentary voucher dari diorang, itu adalah duit saya sendiri. 


"Cuba bayangkan, duit sendiri jadi baucar. Lepas tu ada tarikh luput! Kalau tak digunakan, burn macam tu sajalah. Memang makan duit macam tu sajalah diorang AirAsia ni. Nampak tak expiray date tu! Geram ke tak," ujarnya. 




Susulan tweet tular itu, ada beberapa individul tampil mendakwa pernah mengalami nasib yang sama dari syarikat penerbangan itu. 


Netizen menasihat pengadu dan mereka yang mengalami masalah yang sama tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa, termasuk Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan kembali wang mereka.


Sumber: Twitter Fara Tarmizi

'Ada orang goyang dengan video ni' - Caprice tidak takut dengan saman fitnah SM Faisal Nasimuddin



Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, tampil menegaskan beliau tidak akan memohon maaf, apatah lagi memadamkan video yang dikatakan mengandungi unsur fitnah terhadap ahli perniagaan, SM Faisal SM Nasimuddin Kamal. 


Baca: 'Tindakannya telah menyebabkan beliau tertekan & dicemuh masyarakat' - SM Faisal fail saman fitnah terhadap Caprice


Terdahulu, SM Faisal dilaporkan telah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice yang didakwa telah memfitnah sehingga menyebab beliau tertekan dan dicemuh oleh masyarakat. 




Caprice dalam hantaran terkininya di Instagram memuat naik semula video yang dikatakan mengandungi fitnah itu dengan kapsyen berikut: 

"Sebab ramai tanya ni kes pasal apa, kita repost. InsyaAllah Cap akan sentiasa bantu mangsa-mangsa yang minta tolong di luar sana. 


"We will not be stopped or silenced. Caprice diminta untuk padam video ni dan minta maaf. Hrmm, salah orang boss," tulisnya. 



Dalam pada itu, Caprice turut kesal dengan tindakan ahli perniagaan berkenaan yang membuatkan dia hilang rasa hormat terhadapnya. Selain itu, Caprice juga mengumumkan dia tidak lagi mahu memandu kenderaan keluaran ahli perniagaan terbabit. 




"Salam @smnasarudin @faisalnasimuddin in light of the saman, I can no longer feel good driving and supporting your cars. 


"Therefore, this friday I'll be doing a giveaway of my Kia Sportage for free as a lucky draw to my followers. Sesiapa yang berminat nak kereta four wheel drive for free, standby jam 3 petang Jumaat ini," tulisnya. 






Sumber: Instagram Caprice

Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo